Mencari Baju Raya

Huiyo sekejap je dah 16 Ramadhan. Macam terasa tak cukup lagi amalan nak buat untuk tahun nih. Sibuk sangat aku dengan duniawi nih sampai benda yang kekal aku terlupa nak jaga. Tsk.

*insaf kan diri kejap*

Anyways,
hari tuh kiteorang laki bini dah pergi cari baju raya Nuh ! Sebab apa beli awal? Sebab aku akan dipenuhi dengan bazaar untuk 2 minggu yang pertama dan lepas tuh busy dengan preparation untuk majlis kakak aku, sebab tuh la cari baju raya Nuh awal-awal.

Tahun nih seronok la sikit nak cari baju raya dia sebab tahun nih dia dah pandai jalan dan dah makin panjang akal. So macam dah terasa mood annoying-parents-ever menusuk dalam hati. Hahaha. Ya Allah, cepat sangat Nuh besar rasanya. Tahu tahu je sekarang nih dia dah pandai nak bukak pintu sendiri. T______T definitely not my genes. Pfft.

Back to his baju raya's story, kiteorang beli kat Sunway Pyramid. Masa tuh dah plan nak buat Farewell Kakak yang nak balik Melaka for good, and lepas makan semua aku bagitau Suami kita lari kejap carik baju raya Nuh la sebab takde masa lagi nak mencari baju raya dia. Kebetulan aku ada beberapa voucher from Padini harituh, so yabedabedu la Mummy nih. Save sikit duit Mummy tahun nih.

Masa nih kat Suria KLCC. Kiteorang laki bini pinggang second hand. Tak larat nak dukung dia. Last resort kena sewa stroller diaorang. HAHA.


Ya right, I bought my son's baju rayas by using voucher. Whatevs.

Nuh ni pulak sekarang dah pandai cakap cantik ke tak. So we picked and asked him whether baju tuh cantik ke tak. Kelakar la jugak sebenarnya bila yang besar nih tanya si kecik tuh baju tuh cantik ke tak. And surprisingly dia akan cakap "Taknak" kalau baju tuh dia taknak. Bahahaha.

So sempat la grab 2 tshirts kat Padini and the rest cari kat kedai lain. Boleh la jugak untuk budak kecik nih. Kasut pulak dah beli awal-awal arituh. Beli besar siap-siap sebab tau sangat kaki Nuh nih cepat besar. 

Betul la orang cakap Raya nih untuk budak-budak je sebenarnya. Aku dah tak kisah apa dah aku takde baju raya ke apa. Seronok membeli kan untuk anak je yang lebih. Definitely bukan zaman aku bersuka ria sekarang ni. 



Nuh nih nak raya beriya, puasa nya takde pon. :P

You Might Also Like

0 COMMENTS