1 bulan

Assalamualaikum.

;)

Pejam celik, pejam celik, Nuh dah sebulan dah hari nih. Alhamdulillah sebab ini adalah anugerah paling besar Allah kurniakan kepada aku. Life is great, so far. Aku pon baru je baik daripada demam panas 2 hari lepas, so baru hari nih boleh pegang-pegang handset.

Pasal Nuh sekarang? Semakin membesar dengan sihat. Alhamdulillah still bagi fully breast feeding dan aku harapkan rezeki susu tuh berpanjangan lagi. Hehe. Even kadang-kadang datang angin malas aku tuh, tapi aku rasa selagi ada rezeki susu nih, selagi tuh aku akan bagi kepada Nuh.

Hari-hari nak susu kan Nuh memang mencabar. Dia sangat suka tidur (baby kata ponnn) dan bila nak breast feed kan dia sampai gaduh-gaduh kiteorang. Haha. Dia tutup mata sebab nak tidur, pastuh nak menyusu. Tapi mengamuk sebab tak nampak susu nye mana. Aku pon duk mengomel-ngomel ngalahkan budak tuh paham nau. Last sekali, bila susu dah terpancut baru dia nak minum. Kehkehkeh.

Lagi 3 minggu aku dah nak start kerja! Phew rasa macam ehhhh cepatnya, malas nak kerja tapi nak gaji masuk. Hehe. Kalau lah aku ada alasan untuk work from home lagi akan aku buat. Malangnya Nuh dah keluar and I'm no longer pregnant! T_T

Untuk setakat nih aku dah start buat stok EBM dah. Tak tau la banyak mana sebab aku tak kira sukatan dia, tapi ada la almost 20 packs. Masa aku demam panas arituh, dah guna semua stok chilled milk sebab kami kena kuarantin sekejap. Kesian Mak kena jaga Nuh, aku plak kena tidur sebab doktor suruh have a rest. Tssk.

Ohh even hari tuh dah turun 12kg, tapiiii aku rasa aku dah naik balik. Haha. Tapi skinny jeans beli kat H&M dulu dah dapat muat dah. We'll see how. :D

Sebagai penutup, nah gambar budak semangat nih. Dah 4.6 kg dah. Hehe.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

You Might Also Like

1 COMMENTS