Tentang bersalin Cesarean

Assalamualaikum.

;)

Sementara aku tengah buka laptop nih, baik aku taip cepat-cepat untuk entri nih. Sejak daripada semalam nak menaip, asyik lah banyak kekangan nya. So, lepas dah siap semua kerja tadi aku terus terasa nak blogging malam nih. Ye, saya masih melakukan kerja-kerja ofis daripada rumah. Bukan nya orang lain tak boleh take over benda tuh, tapi aku ada perangai aku taknak orang lain messed up dengan kerja-kerja aku kot. Tehehe.

Ohh semalam pergi post natal check up dengan my gynae. Alhamdulillah everything's went well. Semua okay, dalam perut pon takde blood clot semua. It just maybe semalam aku banyak bergerak ke sana ke sini, sudahnya perut aku (kat tempat C-Sect tuh) terasa pedih dan uncomfortable. Jenuh jugak Mak tolong tungku kan perut aku hari nih.

So semalam discuss dengan Dr. Ishaireen pasal family planning. She asked me what type of family planning yang aku nak guna. Aku punya jawapan,

"The one yang tak bagi I tambah selera makan doctor". HAHA. 

And I opted for implant, the one yang doctor akan inject kat tangan dan masukkan benda tuh. Benda tuh itself dah cost about RM 580. Tapi demi kebaikan, aku rela je la. She strongly suggested for me untuk guna family planning so that luka C-sect tuh betul-betul boleh elok. Plus, she told me in term of professionalism pon bagus jugak. At least boleh build up my career or apa-apa la. She told me to continue my study but I strongly think that is the last thing that I will think off right now. HEHE. After all, aku memang rasa nak planning pon lepas dah kena operate hari tuh. Bagi perut berehat sekejap dan boleh concentrate untuk Nuh.

Okay, masuk untuk benda informatif sikit la kan? To those yang ada option untuk C-sect ataupun terpaksa go through C-sect, there are several things that you should know.


1. C-sect bagi aku sakit dalam sehari dua lepas operation. After that you should be okay sebab ada pain killer kalau sakit sangat kan? In my experience, lepas aku keluar daripada OT, doctor akan masukkan aku ke dalam Observation Room for at least 24 hours. Masa tuh dieorang akan monitor aku closely dan lepas ubat bius dah habis, nurse akan slowly akan ajar aku untuk bangun sendiri. Nurse akan suruh banyak bergerak untuk biarkan kita boleh kentut dan after dah dapat kentut tuh you should be okay. 

Nasihat aku adalah JANGAN TAKUT UNTUK BERGERAK sebab bila kau bergerak, slowly your body will build up some strength without the help of pain killer anymore.

2. Kenapa bergerak tuh penting? Sebab risiko untuk orang C-sect adalah having blood clot dalam rahim nya. Alhamdulillah semalam lepas doktor scan perut aku, blood clot takde dan everything looks okay. 

Ohh berbalik kepada bergerak tuh. Bila lepas C-sect tuh kau cuba untuk bergerak, darah nifas kan keluar. So, bila banyak darah nifas keluar, potensi untuk ada gumpalan darah dalam rahim kau pon nipis lah.

3. My gynae suggested me to take Obimin selama 120 hari lepas bersalin. Kenapa kena amek Obimin balik?

Sebab bila kita bersalin, banyak darah yang akan keluar kan. So in order untuk ganti balik semua zat yang dah hilang tuh, Obimin lah yang akan take charge untuk semua benda. Kenapa ada orang mengalami masalah rambut gugur lah, depression lah? Sebab semua zat dah hilang bak kata Dr. Ishaireen. Make sure kena ambil balik Obimin selama 120 hari.

4. Even though kau rasa badan kau sangat sihat, you should walk slowly and be careful of everything selama sekurang-kurangnya sebulan. Sebabnya luka daripada C-sect tuh ambil masa up to 4 to 6 weeks untuk sembuh. ----------------> this one aku kena marah sebab doktor kata aku macam renyah. T____T

5. Breast feed your baby. Sebabnya? Boleh mempercepatkan pengecutan rahim kita. And berpotensi untuk maintain our body shape. KEHKEHKEH.


Aku rasa aku letak 5 je la dulu sebabnya Nuh dah gerak-gerak. Kejap lagi dia nak bangun la tuh. 

Sepanjang aku mengandung selama 40 weeks badan aku naik sebanyak 10 kg. And to my surprise semalam bila timbang berat aku turun sebanyak 12 kg !! Woot, woot. HAHA. Tapiiiiiii lepas pantang nih kalau tak jaga makan confirm naik balik sampai berkilo-kilo. T____________T

Setakat nih selagi ada susu aku nak breast feed kan Nuh seboleh-bolehnya. Dan kalau dah kurang susu untuk Nuh, aku top up je la dengan susu formula. As long as anak aku tak kelaparan. But still, I'll do my best for Nuh. 

*smile*

Maju lah susu badan untuk negara ! *tetiba*

You Might Also Like

2 COMMENTS