Pengalaman Bersalin Yg Pertama

Assalamualaikum.

:)

Tengok, masa berpantang pon tak habis lagi, dah gatal tulis pengalaman yang pertama. Haha. No, no. Next adik will be another 3 years (as doctor advise). :D

Sejujurnya aku takde pengalaman mana pon untuk bersalin nih. Orang kata bersalin yang terancang. Haha. Sebabnya, baby was already 40 weeks and doctor dah taknak tunggu lagi takut kalau-kalau baby's getting bigger.

Plan yang first nya memang nak bersalin normal. Serius. Aku sendiri seriau bila dengan ada option untuk C-sect tuh. Aku selalu terfikir aku akan jadi macam katak masa lab bio kat Mozac dulu. Terkulai je tangan kena pin semua. And it's happening to me! Just tangan aku tak kena pin la, kena strap. Haha. -____-"

Aku tak tahu apa rasa contraction yang sebetul-betulnya sebab approaching 36 weeks aku sangat rasa sihat dan bertenaga. Bayangkan lah, dalam masa 38 weeks aku still boleh melompat-lompat turun tangga konon-konon nak kasi cepat bersalin. Hehe. Don't worry, semua tuh dipantau oleh polis-polis pencen kat rumah nih. Then masa 39 weeks punya appointment, the doctor and I decide to induce on 40 weeks which is on the day that baby was born lah.

Why we opt to induce the baby?

Masalah utama aku adalah bukaan pintu rahim aku tak terbukak langsung. Memang tertutup rapat! Macam-macam cara aku dah ikhtiarkan ; air selusuh la, minyak kelapa dara la ; but none of them works for me. Some more masa tuh doctor dah cakap aku nye tulang punggung macam sempit untuk kepala baby yang dah seberat 3.4kg masa tuh.

So, Dr. Ishaireen (my gynae at Putra Hospital, Melaka) said,

"It's okay Farah. I berat hati sebenarnya u boleh normal delivery but it's okay to try. Maybe u datang lagi seminggu dah terbukak sikit ke kan? Then I dah induce, cepat je lepas tuh nak keluarkan baby."

"I seboleh-bolehnya nak I punya patients normal delivery. Even if they opt for operation pon, I akan convince them to do normal delivery. Tapi in your case, u dah kena fikir untuk second option la which is operation"

Kau pernah dengar ayat dalam Surah Yasin ke-82,

"Sesunggunya kekuasaan Allah dinyatakan bila Allah berfirman "Jadilah!" maka jadilah ia"....

Pagi 4 Februari tuh, aku, Suami dan Mak gerak ke hospital dalam pukul 6.30 pagi. Sepatutnya kiteorang kena ada pukul 7 pagi, tapi dah terlewat sikit which is sampai dalam 7.45 pagi.

Nurse terus bawa aku ke Labor Room untuk buat prosedur biasa ; CTG. Buat CTG dalam sejam lebih sampai lah doktor tiba ke labor room dalam pukul 9 pagi.

Based on the CTG, reading untuk jantung baby ada 2 kali drop before continue macam biasa. Then, doctor kata it's okay sebab overall jantung baby still cantik lagi. Memang boleh untuk induction.

Then doctor proceed dengan VE, dan pada masa inilah yang kiteorang decide untuk C-sect. Sebabnya? Pintu rahim memang tertutup langsung. Doctor afraid kalau induce pon, by noon mesti kena pergi OT balik (based on her experience). So, she left the three of us alone to decide whether to continue on induction or operation.

After discuss dengan Mak dan Suami, dan timbang tara kan banyak sangat benda especially dengan apa yang kiteorang dah hadap masa tuh, we opted for operation. Kalau diikutkan memang itu benda last sekali aku nak buat consider kan cost operation sendiri dah lebih daripada aku prepare kan. Tapi as I said before, banyak benda yang kiteorang kena consider kan especially just to save the baby.

And Alhamdulillah it was the best decision that were made by us, sebab bila dah operate tuh doctor found out yang tali pusat dah belit leher baby. So it explained kenapa ada 2 kali bacaan jantung baby yang jatuh masa tuh. Some more, baby sendiri tembam untuk keluar melalui bawah. Hehe.

At 11.57 am, baby pon selamat keluar. Dia punya suara dalam OT tuh, mashaAllah menjerit-jerit dia menangis. Lepas baby dah dibersihkan, nurse bawak baby sebelah muka aku. I looked at him, and rasa macam nak menangis. Rasa macam nak cakap je kat semua orang,

"Aku dah ada anak woiiii!!!" HAHA.

Amazing. Serius.

The next day lepas operation, aku terasa lagi perit kena belah tuh, tapi bila Suami bawak je baby datang kepada aku, terus berusaha nak bangun untuk jumpa baby. Terus rasa nak lawan segala sakit yang tengah rasa. Maybe instinct ibu-ibu tuh dah ada kat aku.

Aku selalu tahu Allah ada rancang bendaa yang lagi baik daripada aku. Memang bersalin C-sect lagi sakit daripada normal. Setidak-tidaknya, kalau bersalin normal sakit waktu tuh je. Tapi aku nih effect sakit dia lebih panjang lagi. Maybe untuk aku lagi dekatkan diri dengan Allah.

*senyum*

I'm watching my son fall asleep right now. So peacefully. Satu perasaan yang damai sangat, yang hanya Allah sahaja yang tahu.

Aku rasa hidup aku dan Suami lagi bertujuan lepas nih. Tujuan kami adalah satu ; menjaga amanah yang Allah telah berikan kepada kami sebaik-baiknya.

Hanya untuk Nuh Rif'at.

*senyum*
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

You Might Also Like

3 COMMENTS