Hai Lah Anak



Assalamualaikum.

:)

Phew, lama sungguh aku tak menaip. Hehe. Ketagih jugak nak bukak laptop tapi aku tahan dulu sebab nak habiskan banyak masa dengan Nuh. Sekarang nih Nuh tengah tidur so aku boleh layan 'Rindu Bertaut Di Abu Dhabi' dengan penuh penjiwaan (drama pon dah macam mak-mak sekarang. Ahah).

Having Nuh in my life brings a lot of meaningful moments. Pertama kali orang ada anak kan, tidur pon tah tak tentu arah bagai lah. Tapi slowly aku dah dapat adapt dah timetable tidur Nuh. Kena pancut dek air kencing dengan tahi berlambak atas tangan dah menjadi permainan aku dah. HAHA. Aku dah kira pasrah sangat dah dengan Nuh. Petang nih aku dah kena tukar cadar sebab Nuh dah landing baik punya 'bisnes besar' dia atas katil. :P

Setakat nih aku bagi Nuh fully breast feeding. Alhamdulillah rezeki susu tuh murah, masih banyak lagi. Aku tengah rajin ikut waktu untuk pam susu so that breast tak bengkak. Setakat nih aku bagi direct breast feeding dan kadang-kadang bagi through bottle. Setakat nih Nuh masih boleh adapt dengan dua-dua nih so aku biarkan je dulu. 

Last time masa umur dia 10 hari berat dah naik jadi 3.8 kg dan aku rasa sekarang nih mahu dah naik 4 kg sebab setiap kali menyusu paling kurang pon 2 oz. Biasanya kapasiti susu Nuh dalam linkungan 3 oz setiap kali dia nak menyusu. Banyak kan? Mintak-mintak la dia dapat membesar dengan baik. Amin.




Hi, this is the first time I'm in Mummy's blog. I'm Nuh, 7 days. ;)


Ini gambar untuk hari nih. Dah taknak pakai bedung dah. Dia rasa dia dah besar sangat lah tuh. -___-"


Being a mother is fun. Seriously. Sepanjang masa aku berpantang nih, Mak adalah Super Hero aku. Banyak benda yang Mak tolong aku buat daripada mandi kan Nuh sampai lah kalau tiba masa Nuh cranky. Hanya Allah je yang boleh balas segala jasa Mak. Baru lah aku tahu sekarang nih bukan senang nak jadi Mak. T__T



My son's favourite position before I put him into sleep. :)


Cadangnya macam nak bebel panjang lagi, tapi aku rasa sementara Nuh tidur nih boleh lah aku buat kerja ofis sekejap. Ye, walaupun aku dalam cuti bersalin, aku masih buat all those paperworks. I wonder whether aku nih dah termasuk dalam golongan workaholic ke apa. T____________________T

By the way, esok ada appointment untuk post-natal check up. Tak sabar nih nak tahu berat badan sekarang. KAHKAHKAH.

*macam kurus sangat* :D :D

You Might Also Like

4 COMMENTS