Perihal Kahwin Muda

Assalamualaikum.

:)

Sedar tak sedar, nak masuk 2 tahun dah aku mula bekerja. Kalau dulu Mak Ayah yang keluarkan duit kalau aku nak beli apa-apa, tapi sekarang aku sendiri yang kena keluarkan duit in case nak beli apa-apa. Dah kena pegang duit sendiri, uruskan duit sendiri. Alaa macam orang dah besar tuhhhh. *macam aku kecik sangat. HAHA*

Lepas dah mula kerja, Alhamdulillah seruan jodoh antara aku dengan Suami dah sampai. Lepas je bekerja dalam nak dekat setahun, kami pon berkahwin. Masa tuh gaji pon berapa sangat, gaji fresh graduate kot. Sama je aku dengan Suami. Tapi aku fikir rezeki kahwin mesti ada kat mana-mana. Tak lama lepas kahwin, aku mengandung pulak (sampai dah nak tunggu hari sekarang nih). Jujur aku cakap, masa mula-mula aku mengandung, aku doubt betul ke kiteorang boleh nak jaga baby nih nanti. Macamana kalau tak cukup duit semua. Tambah pula masa tuh aku kena terminate dengan company baru aku sebab aku mengandung. Boleh dikirakan sangat stress masa tuh.

Aku asyik fikir macamana nak tolong Suami dengan aku tak bekerja dengan setahun sebab mengandung. Tapi betul Mak dan Ayah aku selalu pesan. Every things that happened mesti ada hikmah disebaliknya. Aku dapat interview dengan company sekarang dan Alhamdulillah aku dapat kerja nih ; dengan keadaan ofis yang aku suka dan juga kerja yang challenge untuk aku. Betul, setiap apa yang berlaku mesti ada hikmahnya.

Tipu kalau masa mula-mula kami kahwin, aku dengan Suami takde bergaduh pasal duit. Mula-mula dulu SELALU sangat kot. Mak dengan Ayah jugak yang akan datang kat kiteorang dan nasihatkan macamana nak uruskan and everything. Aku rasa Mak Ayah aku yang banyak pimpin kiteorang dari awal kiteorang kahwin sampai lah nak keluar baby sekarang nih.

Kenapa aku cerita kan semua nih?

*senyum* Ada lah sebabnya.

Masa aku mula-mula kahwin, kau rasa aku dan Suami ada savings? TAKDE. Kau baru start kerja, then tiba-tiba dah nak kahwin, memang takkan ada savings nya. Untuk kes kami pulak, MIL duduk sekali dengan kami sebab tak sihat dan takut nak tinggalkan sorang-sorang kat Batu Pahat. Jadi, banyak benda yang bila dalam hujung bulan aku dengan Suami akan termenung mana nak cari duit sampai hujung bulan.

Langkah yang aku selalu ambil adalah aku bawak bekal. Lagipun memang aku kena masak pon sebab nanti taknak MIL kena susah masak semua. Risau jugak bila MIL duduk sorang-sorang kat rumah, lepas tuh nak kena masak. Jadi, aku memang akan jarang keluar lunch kat office dan at some point orang cakap aku sampai tak bercampur dengan orang sebab jarang nak keluar lunch sama-sama.

Bukan lah aku nak cakapkan yang sekarang kami masing-masing dah hidup senang. Gila kau, baru kahwin tak sampai setahun, hidup pon baru nak belajar merangkak, kau kata dah senang? Nak pulak baby nak keluar tak lama lagi, kau rasa dah senang sangat ke hidup kiteorang nih? No, no, no. :P

Tapi itu pon bukan sebab untuk kami tak boleh rasa selesa kan? Bukan juga sebab untuk kami suami isteri perlu merasa susah sangat hidup, semata-mata taknak orang mengata aku dan Suami aku hidup senang semata. Bukan. Tapi, kami juga ada perasaan nak majukan diri kami sendiri. 

Pelik aku bila sesetengah orang suka compare kan diri aku dengan orang lain, as if aku takde initiative untuk improvise hidup aku sekeluarga. Sesetengah orang akan cakap,

"Kalau dah takde duit sangat, kenapa boleh sampai ber-shopping sakan? Beli barang mahal-mahal?"

"Kenapa taknak beli rumah? Kenapa tak usaha? Orang lain dah mula beli rumah dah."

"Kenapa taknak ikut orang lain tu? Kenapa dia boleh buat, korang tak boleh buat?"

Sampai kan satu masa aku rasa nak masuk kan surat khabar dalam mulut masing-masing supaya jangan pandai cakap. At least fikir lah dulu pasal kiteorang nih, baru kau boleh nak compare kan aku dan Suami.

Kenapa kalau aku kata aku susah, aku tak boleh nak beli barang yang terbaik untuk anak aku? Kenapa tak pernah terfikir mungkin aku ada save up some money just to see my baby in a very comfortable condition?

Kadang tuh juga aku nak tanya je orang lain. Kenapa perlu persoalkan yang 'Aku taknak beli rumah'? Kenapa tak persoalkan mungkin aku dan Suami masing-masing ada keinginan yang tinggi untuk miliki rumah sendiri ; it just GAJI KAMI MASIH SEDIKIT DAN PERLU LAGI MENGUMPUL DUIT. Kenapa tak fikirkan yang orang lain tuh dah berapa tahun pulak kerja kan?

Dan sesetengah orang akan mula bercakap jugak,

"Dah tuh kau yang gatal sangat nak kahwin kan? Lain kali tunggu je la bila ada duit semua"

Aku pesan awal-awal yang aku tak pernah rasa menyesal kahwin awal. Kau rasa kalau aku kahwin lambat, aku kumpul duit, aku dah terus boleh kahwin? Lain benda, lain dugaannya. Jadi nya kalau aku rasa dah sampai masa kiteorang nak kahwin, just be it.

Memang, hidup kami susah. Bila dapat setiap bulan gaji, cepat je bayar untuk komitmen kami yang lain. Memang kami tak boleh mewahkan Mak Ayah kami masing-masing, tapi at least kami cuba untuk jaga kebajikan untuk memberi benda lain.

Stop from telling me what to do. Tolong jangan persoalkan setiap apa yang kami kerjakan kerana kami tak pernah meminta setiap satu sen daripada anda semua. 

Btw, terima kasih kerana terlalu mengambil berat. It's so nice of you guys.

:)

You Might Also Like

4 COMMENTS