Kawan

Assalamualaikum.

:)

Banyak-banyak topik aku nak cerita kat blog aku yang 'lame' nih, entah kenapa bab nih jugak aku rasa berminat. Eheh.

Sepanjang aku kenal Suami, belum pernah lagi beliau halang aku nak berkawan dengan sesiapa. SEMUA kawan aku Suami kenal, hatta kawan satu ofis pon dah macam familiar dah untuknya. Cuma adalah kadang-kadang Suami macam tegur, kalau dengan office mates behave macam isteri orang sebab SEMUA rakan ofis aku adalah lelaki. Well, apa nak dibuatkan, mana kawan abang aku dulu, itu lah jugak kawan aku. Jadinya, perangai lelaki nih, *ehem* paham-paham je lah kan, hendak pula bila masuk bab perempuan. So solution nya, aku yang jadi lelaki macam dieorang sampai dieorang pernah cakap dieorang lupa aku perempuan. -___-"

Kawan-kawan daripada zaman sekolah jangan cakap lah. Bukan setakat Suami yang kenal, hampir semua ahli keluarga aku dah familiar dengan dieorang. We always have each others' back. Alhamdulillah, sekarang kan zaman Whatsapp, LINE and BBM, jadi setakat nih kami berhubung je macam biasa. Busy macamana pon kiteorang, ada je sikit masa nak luangkan to each other.

Tapiiii, mungkin Suami kurang berkenan dengan perangai sorang nih. Tak pernah Suami suarakan apa-apa untu aku sebelum nih, it just hari tuh mula cakap,

"Sayang, lepas nih kalau *fill in the blanks* msg ke Whatsapp ke, jangan reply. B tak suka dia nya perangai macamtuh. Asek sayang je nak kena cari dia, dia ada ke nak cari kita or apa-apa? Kalau ada masalah baru nak cari. B bengang kalau orang buat sayang macamtuh"


Aku diam. Speechless.

Sungguh aku taktau nak reply apa kat Suami aku sendiri. Selalunya ada jugak aku bersuara apa yang aku rasakan betul atau tak, tapi kali nih aku diam je. Mungkin aku terasa ada betulnya beliau cakap sebab aku pon penat asek nak cari that one person, and he/she never care less.

Suami nampak aku diam, aku pandang and cakap, "Takpe lah, kalau dia msg ke Whatsapp sayang cakap kat B".

Aku kalau marah macamane pon, aku rasa takde lah lama mana. Tapi aku rasa setiap kali Suami dah say "NO", and aku buat jugak, aku rasa ada perasaan berdosa jugak. Jadi selebihnya aku diam kan je. Sungguh, aku tak reply pon mana-mana. It just ada satu malam tuh, masa Suami tengah duduk luar tengok TV, aku Whatsapp jugak senyap-senyap. Entah, aku macam ada terbit rasa kesian buat orang endah tak endah macamtuh. Aku explain lebih kurang aku rasa.

And aku dapat reply, "I minta maaf".

Pagi tuh, aku cakap dengan Suami aku tegur dia. Suami ambil handset aku dan baca semua. Terus cakap kat aku,

"Dah, jangan reply".

"Tapi dia dah minta maaf la B. Rasa kesian la pulak. Macam tak baik je buat dia macamtuh"

"Dia buat Sayang cari-cari dia, tak kesian pulak? Yang dia senyap je dengan Sayang, baik pulak?"

"B macam marah sangat je?"

"Agak lah. Tah la. Kadang-kadang dia macam takde effort. Tak call Sayang langsung, B ke. B jadi geram bila dia macamtuh. Ini mesej je? Out of everything, just msg macamtuh je?"

And it happened just like that. Aku pon senyap je macamtuh.

Entah lah. Somehow aku rasa aku tak patut buat orang macamtuh. Tapi knowing my husband, if he says no just like that, aku tak patut nak betah apa-apa. Sometimes I can't think like him. He saw whatever happens to me, and aku tak nampak. Sometimes bila bab berkawan, aku senang rasa semua benda okay.

Aku bukan harapkan orang nak melutut minta maaf ke apa. I'm not a perfect person either. It just aku rasa daripada susah sangat, better if masing-masing bawak diri sendiri. At least, kalau aku bother orang so much dengan sikap aku nih, he/she won't feel it anymore.

Susah lah nak cakap.
Just let it be je kot.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

You Might Also Like

0 COMMENTS