At 37 weeks (and 3 days)

Assalamualaikum.

:)

Sekelip mata, pejam celik pejam celik, si anak dah masuk 37 minggu. Orang tua-tua cakap sedang menunggu hari. Aku rasa macam selesa sangat sebab ramai yang tunggu dengan kelahiran anak nih ; kawan-kawan usah cakap lah dia punya teruja.  Terasa macam kedatangan anak ini, bagi aku bahagia.

Pagi nih bila aku bukak Twitter, aku terbaca satu tweet Kak Una pasal baby yang survive tanpa amnion sac dalam kandungan ibunya. Survive sampai 27 minggu. Masa tuh aku tak ambil tahu sangat sampai lah Kak Una link kan sendiri blog ibu yang alami tuh sendiri. MashaAllah, sepanjang aku baca entri tuh, air mata aku laju betul turun. Aku kagum. Aku kagum dengan si ibu, dengan kuasa Allah S.W.T.

T____T

Bila aku baca, aku malu sangat dengan diri aku, apetah lagi dengan Allah S.W.T. Betapa dugaan yang aku tempuh sepanjang mengandung nih hanya 0.1% je daripada sengsara orang lain. Aku malu sangat dengan apa yang aku buat.

She's a tough woman. Really. Dan aku juga faham macamana perasaan nak bagi yang terbaik untuk anak dalam kandungan selamat dan sihat.

Sejak cuti dan duduk kat rumah, kadang-kadang aku asyik cakap dengan kawan-kawan dan Mak, bila lah baby nak keluar. Aku jadi semacam tak sabar. Sampai kan aku tak perasan (until kawan aku tegur) yang aku keep on whining about when's the baby will be delivered. Bila aku sedar balik, aku mengaku aku macam asyik bising sebab baby tak keluar-keluar lagi. Bukan apa, aku sebenarnya lebih kepada tak sabar nak tunggu kedatangan dia kat dunia nih.

Thinking back for what I've said and done, aku jadi malu sangat dengan Allah. Aku terlupa yang sebenarnya Allah S.W.T has a better plan for me. Maybe sebab tuh aku diduga dengan beberapa benda lately nih.

Dalam 2 ke 3 hari yang lepas, aku asyik berulang alik ke hospital due for some reasons. Sampaikan semalam aku rasa badan aku letih sangat. Aku duduk kat surau, baring dan menangis sebab aku rasa terlampau letih. Tak pernah aku rasakan badan aku letih macam tuh. Tapi aku kuatkan diri jugak sebab aku set kan dalam otak aku, aku kena buat benda tuh. Sampai satu ketika aku rasa perut aku start cramping.

Aku rasa kebanyakkan masa aku semalam aku menangis. Sebab aku rasa badan aku dah tak larat sangat dan baby pon tak keluar lagi. 

Tapi, bila aku baca kisah Raja Nadia hari nih, aku rasa aku patut tak payah rasa semua tuh. Ada orang yang lagi letih daripada aku (be it physically and mentally). Aku fikirkan apa yang aku rasa apa lah sangat compared to her. Aku patut bersyukur at least anak aku happily swimming and kicking in my tummy. I will keep this moment sebab entah bila aku boleh rasa this happiness during pregnancy. Only Allah knows where and when.

I supposed to be so grateful because at this stage, Alhamdulillah aku takde rasa sedikit sakit pon seperti kebanyakkan perempuan lain. Plus, masa check up kat hospital hari tuh aku nampak 90% perempuan mengandung yang dah reaching 9 bulan, semua muka tengah tahan kesakitan dan jalan slow sangat. Alhamdulillah sangat, dalam masa sekarang Allah masih bagi aku kekuatan untuk terus kuat dan aktif.

I need to keep in my mind that I am so grateful for whatever I have right now. Beautiful family, awesome friends and most importantly, a loving husband ; they're always by my side whenever I need them. 

I have to keep in my mind that Allah knows what's best for me. Allah lagi tahu apa yang terbaik dan bila yang terbaik untuk baby keluar. Dan aku hanya perlu berdoa agar semuanya selamat dan dipermudahkan.

It's good to read something like this. At least, I can go back on my track and be thankful for whatever Allah has set to me.

To my dear baby, no pressure sayang. Mummy will wait for you. Anytime, anywhere.

:')

You Might Also Like

0 COMMENTS