Pengasuh : We found one!

Assalamualaikum.

:)

Perihal pengasuh nih dah lama jadi isu kami suami isteri. Kadang-kadang naik runsing tau nak fikirkan, who's the lucky person (HEHEHE) yang akan jaga anak kami nanti. Tapi kami fikir takpelah cari pelan-pelan or tunggu je jawapan daripada baby sitter yang jaga Queen tuh.

Plan asal nya memang aku nak hantar kat baby sitter Queen. Mak pon nampak macam selesa cucu 2 orang tuh Kak Ila tuh jaga. Tapi masalahnya, masa first time aku datang tanya Kak Ila tuh, dia macam bagi jawapan 'tunggu dulu' dan 'taktau lagi'. Nak pulak Kak Long bagitau yang hari tuh ada orang nak hantar baby dia untuk dijaga kan oleh Kak Ila dan Kak Ila tuh menolak. So dalam fikiran aku kiteorang dah start kena cari second option. Ataupun kalau option tuh lagi better, terus je decide guna baby sitter tuh kan?

Anyways, konflik antara aku dan Suami adalah kat mana kami nak hantar baby nanti. Tempat yang kami nak hantar should be senang untuk aku atau Suami hantar dan ambil nanti. Suami dah pesan awal-awal taknak hantar baby ke nursery. Kesian katanya baby kecil lagi dah kena beramai-ramai macamtuh. I couldn't agree more about that. Jadi kami just berharap je Kak Ila sanggup terima nak jaga anak kami.

Sampai lah hari nih tiba-tiba aku teringat something masa on the way nak pergi kerja.

*senyum*



Gambar selingan minggu lepas. Minggu ke 33 sudah !! HEHEHE.


Since ofis aku berpindah ke Jalan Semantan, Damansara mulai Januari 2013 nih, jadi aku memang takde jalan lain nak kena ambil melainkan ikut NKVE. Dan bila dah ikut NKVE aku akan lalu Kota Damansara yang juga dekat dengan rumah Mak Usu my best friend, Kak Lea. So, I asked my mom kalau aku nak hantar baby aku ke sana boleh ke tak and Mak pulak suruh Lea try tanya Mak Usu whether kenal tak sesiapa yang boleh harap untuk jaga baby.

So, Kak Lea did call her and to my surprise she's willingly to take my baby untuk dijaga !! Ya Allah, memang lega sangat sebab aku memang baik dengan Mak Usu dan kenal Mak Usu macamana dan yang paling best dan yang diharapkan sekali, baby aku seorang sahaja yang akan dijaga nya. Syukur Alhamdulillah. Memang kalau boleh nak macamtuh pon, biar baby kami diasuh seorang sahaja daripada ramai-ramai budak yang lain.

Aku pun telefon Mak Usu bila Kak Lea cakap macamtuh. Rupa-rupanya memang selama nih ramai je yang minta Mak Usu jaga kan anak dieorang tapi Mak Usu menolak sebab memang malas nak jaga budak-budak kecil. Tapi sebab kan Mak Usu kesiankan aku, nak jugak ambil baby kami nanti untuk tolong dijagakan. Siap cakap kalau orang lain tanya nak cakap "Cucu". Serius terharu. :")

Semoga Allah permudahkan urusan kami. 
*senyum*

Ohh nak selitkan cerita semalam.

Semalam kan game Thailand vs Malaysia Semi Final 2. So, aku  daripada ofis keluar tepat pukul 6 dan bawak kereta macam ape je sebab nak sampai rumah dalam pukul 7 malam. Plan aku semalam ; balik rumah, bukak tudung semua, pergi dapur dan terus masak. Habis masak terus solat Maghrib.

Sebabkan Chichi dah bagitau awal-awal nak datang, aku dah sediakan menu utama kami untuk malam tuh iaitu SIAKAP 3 RASA! Hahahaha.

First time masak siakap 3 rasa dan inilah hasilnya :



Bangga pulak bila masing-masing (Suami dan Chichi) cakap sedap. HEHE. Suami makan bertambah pulak tuh, bangga je ai tau. Comel je. Ingat nak buat Kailan Ikan Masin tapi sebabkan bola punya pasal, aku buat telur dadar je. HAHA.

Tapi sekarang aku ada masalah. Semalam masa tengah siang-siang ikan tuh, tangan aku tercucuk dengan duri ape tah kat ikan tuh. Nampak agak dalam luka tuh sebab darah membuak-buak waktu tuh. Tapi aku dah berjaya stopped kan darah dengan compressed kan ice. 

Alih-alih hari nih jari aku rasa bisa-bisa je kat tempat luka tuh. Ada effect ke eh duri ikan siakap?

*nangis*


You Might Also Like

6 COMMENTS