Selagi Boleh

Assalamualaikum.

:)

Entah kali ke berapa aku dengar untuk hari nih orang bercakap pasal benda yang sama. Entah ke berapa kali juga aku asyik bagi jawapan yang sama sampai aku sendiri dah naik bosan.


"Eh, dah berapa bulan nih? You drive lagi pergi kerja?? Tak bahaya ke?"

"Akak dulu dah tak drive dah dalam time kau nih tau tak. Dah la anak sulung, berani je kau nak lasak-lasak kan?"

"Eh laki kau tak hantar ke pergi kerja? Lasak je akak tengok kau nih"


And bla...bla..blaaa.

Sungguh aku rasa kadang-kadang macam nak bawak tape recorder dan mainkan jawapan yang sama over and over again. Haha.

Aku kerja di Setiawangsa. Suami di Shah Alam. Jadi kami punya haluan untuk ke ofis memang dua laluan yang berbeza. Sorang ke timur dan sorang ke barat. Takkan lah setiap pagi aku nak bangun pukul 5 pagi sebab nak suruh Suami hantar ke Setiawangsa dahulu baru patah balik ke Shah Alam? T____T Jauh kak oiiiii. 

Lagipon ofis aku masuk pukul 9 pagi dan Suami masuk pukul 8 pagi. Masa pon dah berbeza dah. Kadang-kadang aku rasa macam nak marah bila ada je orang yang pertikaikan kenapa Suami macam tak kisah aku boleh drive ke sana sini (which is office to be exact) dengan keadaan dah hampir nak sarat macam nih.

Aku dah masuk minggu ke-31. Kalau ikut kan, minggu depan dah nak masuk ke 8 bulan. Alhamdulillah, instead of masih muntah-muntah, fizikal aku masih sihat. Kenapa nak marahkan Suami aku yang konon-kononnya kau nampak dia macam tak kisah, sedangkan kau tak tahu pon keadaan sebenar macamana?

Aku tak suka nak susahkan Suami aku. Aku tahu beban kerjanya sangat banyak dan kadang-kadang banyak benda lagi yang dia perlu fikirkan. Dalam sesetengah hal aku rasa aku tak perlu nak mengharapkan atau menunggu Suami untuk buat sesuatu. Macam sekarang lah contohnya. Kalau dah bekerja di KL, taknak hadap jem banyak sangat aku ambil alternatif lalu MEX. Biarlah mahal sedikit, asalkan aku selesa tak perlu menghadap jem.

Kadang-kadang orang tak tahu yang aku lagi suka buat sesetengah benda sendiri. Sebagai contoh, sidai baju. Kalau kat rumah memang Suami yang selalu sidai baju. HEHE. Tapi aku nih ada particular sikit bab-bab baju nih. Kalau nak sidai kena terbalikkan, susun kat ampaian kena teratur, t-shirt side lain, seluar side lain. So bila aku nampak Suami sidai baju tuh, lepas masuk rumah, aku keluar ke ampaian betulkan balik apa yang aku tak suka tengok. Haha. Macam psiko pon ada jugak tapi itulah, aku rasa aku particular bab-bab tuh. Sama lah kalau lipat baju juga. Kalau ada benda yang aku tak berkenan dalam lipat baju tuh, sanggup aku bukak balik semua folded clothes tuh dan lipat balik macam aku suka tengok. T____T Mostly bab baju lah. Bab lain aku tak psiko macam nih sangat.

Jadiiii kalau bab drive pergi ofis nih memang aku yang willing to drive pon. Kalau balik kampung pon, aku rasa aku lagi suka drive tapi yelah memang takkan dapat lah. Suami pon takkan kasi melainkan aku dah bising sangat nak drive jugak.

Untuk kakak-kakak yang caring tuh terima kasih la, tapi chill la kak. Saya yang nak bawak kereta. Agak-agak air ketuban pecah masa bawak kereta, just pull over je la kan? HAHA.

You Might Also Like

0 COMMENTS