Random talks

Assalamualaikum.

Kadang-kadang aku ada satu perangai yang aku susah nak expresskan apa aku rasa. Tapi kadang-kadang tuh jugak mulut aku nih lantang bersuara.

Sejak mengandung nih aku lagi banyak kena tahan perasaan sebab aku takut aku terkeluar perkataan-perkataan yang tak elok. Sampai kan bila masa aku tahan perasaan, aku rasa dada aku berat sangat sebab macam berbuku-buku benda yang aku simpan.

Tapi itulah, memang itu perangai aku. Kalau aku ada masalah macamana pon, selagi aku rasa aku boleh tahan aku tahan je lah even kadang-kadang Suami sendiri macam tertanya-tanya kenapa aku lain. The only time yang aku rasa aku selesa untuk bercerita adalah bila Solat.

Selalu sangat sekarang nih bila aku marah, sedih, tension, dan any other negative feeling aku menangis macam takde hari esok. Macam aku rasa aku cerita semua kat Allah dengan bahasa aku sendiri, dengan cara aku sendiri. Seriously lepas tuh Alhamdulillah aku rasa tenang sikit.

Macam hari nih contohnya. There was a lot of things going on sebenarnya kat office lah apa lah, sampaikan aku mula rasa kan aku tak seronok nak kerja. Macam nak mula perangai cari kerja lain. Tapi aku diamkan je dan buat macam biasa. Sampai satu tahap bila aku stress sangat hari nih kat office, aku terus lari masuk bilik bos aku (which is he is not in his office today) dan terus perform my solat. Dalam bilik tuh aku rasa sedih semacam sampaikan aku menangis beriya-iya. Entah mana silap aku, aku pon tak pasti tapi bila dapat mengadu semuanya kat Allah aku rasa macam tenang. Aku start rasa balik yang sebenarnya Allah tak jauh pon daripada aku, mungkin aku yang jauhkan diri sendiri.

Manusia nih biasalah, dah susah dan sedih, baru nak mencari hala tuju yang sebetulnya balik. Sedangkan masa tengah senang, solat and benda wajib lain semua sibuk tinggalkan. Kejar sangat benda lain. Aku pon macam tuh aku rasa. Kufur nikmat yang Tuhan bagi.

Satu benda yang aku ingat sampai sekarang, bila aku dengar kuliah mingguan kat office nih dan ustaz tuh cakap,

"Bila mana ada masalah, daripada kita tuding masalah kita kepada orang lain, cuba tengok balik apa yang kita dah buat. Jaga kah solat kita? Jaga kah aurat kita? Jaga kah ibadat kita yang lain? Jaga kah tanggung jawab kita kepada ibu bapa kita? Jaga kah hubungan kita sesama manusia?"

Dan apabila disuarakan setiap satu soalan itu, aku rasa macam setiap soalan tuh terkena kepada diri sendiri. Sungguh, aku cepat sangat leka.

*sigh*

You Might Also Like

2 COMMENTS