Perihal Exam

Assalamualaikum. :)

Semalam kan results UPSR keluar. Aku nih yang dah tentu takde adik apetah lagi anak saudara yang amek UPSR so takde lah amik port sangat bila results nih keluar. Just tiba-tiba teringat sepupu Suami kat Johor ada yang tunggu results, baru lah aku rasa nak ambil tahu.

*sengih*

Sebut pasal UPSR, aku teringat masa aku nak ambil results tuh dulu. Masa lepas je UPSR tuh aku rasa dia punya lapang dada, toksah cakap lah. Sebab aku nih maybe ada perangai yang underestimate dengan kemampuan diri sendiri rasanya. Manjangggg je rasa aku akan dapat results teruk segala. This bad habit of mine buatkan semua ahli keluarga aku menyampah dengan aku. T___T

Mana taknya, masa lepas je UPSR tuh aku menangis-nangis dengan Mak aku cakap aku memang tak boleh buat. Aku rasa hampa harapan nak dapat 5A tuh. Bila Guru Besar SKBB balik daripada jabatan tuh aku rasa macam malas je nak ambil tahu results aku. Setahu aku, masa tuh aku duduk je kat tangga sampai aku nampak kereta Mak masuk perkarangan sekolah. Huish, masa tuh jangan cakap lah sedih nak pandang muka Mak aku sebab konon-konon ada instinct dapat results teruk lah apa. 

BUTTTTTTT, being my mom, yang memang dah sah-sah ada no. telefon semua sekolah kiteorang, yang memang akan sentiasa bercakap dengan Guru Besar atau Pengetua kiteorang, she's way faster than us. Mak aku dah call dah sekolah masa tuh nak tahu results aku. HAHA. Damn, memang no surprise langsung. Masa Mak keluar daripada kereta aku dah nampak muka Mak happy-happy datang kat aku. And yes, masa tuh Guru Besar pon panggil datang pejabat, alih-alih baru dapat tahu aku dapat 5A. Hamek kau! Menangis tau. Comot masa tuh. Chenta hati (refer to this post)  *puke* masa tuh siap cakap congratulations lagi. HAHAHA.

Then proceed tuh masuk MOZAC pulak. Well, MOZAC is completely different story. HEHE. I was never among the smartest kids among my friends. I must say aku dalam lingkungan average. Pernah juga aku merasakan aku paling tak pandai dalam batch aku. Haha. But, duduk kat MOZAC aku start belajar what is FAIL. Meaning that untuk subjek Add Math tuh semua, kau rasa aku pandai sangat ke? Dah masuk Form 5 baru aku bijak sikit Add Math tuh. Itupun lepas Mak aku merata hantar aku tusyen. HEHE.

My SPM was not really good. Taknak cakap berapa lah sebab segan dengan semua orang. Lain lah kalau aku dapat 10A's kan, so yes, masa tuh aku boleh show off. Haha. Aku masuk matrikulasi sekejap and then proceed tuh UiTM untuk doing my diploma.

Masa aku buat decision nak drop matriculation and masuk diploma, Ayah adalah orang yang PALING TAK SETUJU sekali. So, I made promise to myself that I'll do well in my diploma days. Aku ingat lagi masa final exam Semester 1, aku menangis-nangis dengan Mak lepas paper Kimia yang aku rasa aku teruk sangat. Tak tahu apa jadi kat results aku lah, apa lah. Then during the semester break, our family were having holidays at Medan, Indonesia. At that time aku dah cakap dengan Mak aku aku taknak check results semua. Mak siap minta aku punya ID number and password so that she can check it for me. Haha. Memang taknak lah aku.

Sudahnya aku turun ke lobi hotel and gigil-gigil check results. Masa aku tengok je results aku masa 1st semester tuh aku terus terkejut and menjerit kot. Sampai minah Indon kat receptionist tuh datang tanya aku, 

"Miss. Are you okay Miss? Is there any problems?"

Aku pulak tengah menangis-nangis masa tuh. Straight away aku pinjam phone kat receptionist terus telefon bilik Mak,

"Mak, adik dapat DL! Adik dapat DL!"

It was hilarious masa tuh. Macam kan aku menang kat Sukan Olimpik pulak. HAHA. 

Then, lepas tuh I got Dean's List for almost every semester except Semester 5 and 6. Setiap kali lepas final exam aku menangis-nangis dengan Mak aku yang cakap aku punya paper teruk la, padan muka  aku tak belajar la apa la semua. Sampaikan keluar ayat-ayat daripada Kakak dan Kak Long,

"Alaa berlakon je tuh. Bila dah keluar results dapat DL"

Sakit hati okay masa tuh! Sebab aku memang rasa aku tak boleh buat pon paper tuh dan takde siapa boleh nak kurangkan rasa susah hati aku. Mak je yang bagi ayat selamat, 

"Doa je la banyak-banyak. Tawakal je sekarang nih".

 Tapiiiii aku rasa kalau aku jadi dieorang pon aku menyampah. T____T After the results came up, aku kena ejek lagi. Tsskk. 

This people so teruk! Haha.

But this scene doesn't continue sampai degree sebab aku memang tak boleh perform pon masa degree. Aku rasakan life aku masa degree completely change and I blame myself for that. Aku play around macam tak payah nak belajar lagi and I am not among those genius kids yang hanya perlu fokus dalam kelas and tak payah belajar lagi afterwards. I'm the opposite way. Haha.

I suppose aku jumpa kawan yang sama perangai dengan aku which is Salsabila. Haha. Masa lepas exam sedih manjang je dengan aku, tapi lepas results keluar kencang je dapat DL bagai.

*sengih*

Kalau ada budak-budak yang tengah belajar kat luar sana yang baca entry nih, trust me, kalau results teruk macamana pon, that is not the end of the world. It is either kau boleh cuba untuk yang akan datang, ataupun kau boleh try something yang kau rasa boleh membuah kan hasil. Let's say untuk SPM la kan, kalau dah dapat results lepas nih tak macam apa yang korang expect kan, just don't give up and try to success kat dalam Diploma or Degree pulak.

Apa yang penting, USAHA. Lepas tuh TAWAKAL je la. Allah always knows what's the best for you.

You Might Also Like

2 COMMENTS