Tetamu Allah

Assalamualaikum. :)

Pagi nih bila aku bangun dari tidur, Mak tengah kelentang kelentung kat bawah masakkan breakfast untuk kiteorang. Dari semalam aku tak sihat, so pagi nih aku rasa tak larat nak pergi office and I opted for MC. Mak Ayah datang teman aku kat rumah sebab sekarang nih Suami ada di JB , outstation.

Bila aku tengok je TV, Mak Ayah dua-dua tengah seronok tengok live Solat Jumaat from Masjidil Haram. Ya Allah, dah la memang lately nih aku jadi rindu kat sana sebab asek melayan Adam & Hawa. Sekarang nak pulak episod dieorang ada kat Madinah. Hish, rasa sedih gila sebab jeles ngan pelakon tuh semua (Aaron Aziz plakkkkk kan? Haha).

Aku dengan Suami adalah plan nak pergi vacation hujung tahun depan, nak pula dengan ada baby kan? Tak kisah la nak pergi mana, asalkan luar Malaysia lah. Angan-angan kena lah tinggi, ye dop? :P

Tapiii lately nih aku rasa tak payah lah vacation tuh semua, sebab nya aku rasa dah start nak kumpul duit nak pergi Umrah lagi sekali. Rasanya macam sekejap sangat pergi Umrah hari tuh. Macam banyak benda yang aku terlepas pandang, bukan nak beribadat betul-betul pon.

So aku rasa lepas nih kalau pergi dengan Suami aku nak cuba fully utilized masa aku kat sana. Rindu dengan Tanah Haram tuh betul-betul buatkan aku sedih. Aku takut aku tak sempat je nak datang sana lagi.

Mak Ayah kalau ada rezeki lagi sekali, akan tunaikan haji 2014. Mak cakap kalau lepas Mak Ayah balik haji, boleh lah kalau nak pergi Umrah dengan Kakak semua. Tapiiii of course la kan, aku dah kahwin so aku kena la bayar sendiri. Haha. Sempat tak rasanya dalam 2 tahun nak kumpul duit nih? :(

Ya Allah, permudahkan lah urusan ku untuk datang ke rumah-Mu. Aku rindu. :'(
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

You Might Also Like

2 COMMENTS