Fever and Husband's Cooking

Assalamualaikum.

Sejak daripada pagi tadi aku punya kepala dah berat semacam. Mata pon semacam kuyu je nak tertutup. Nih semua penangan ubat batuk dengan selsema yang aku amek pukul 5 pagi tadi.

Semalam tiba-tiba badan dah jadi gatal-gatal. SubhanAllah dia punya merenyam kau jangan cakap lah. Aku pergi toilet, tengok badan penuh dengan bintat-bintat. Pulak dah.... Aku dalam kepala fikir entah-entah kena demam denggi sebab penuh badan, kaki dan tangan semua. Bila call Mak pulak, Mak takut kena demam campak sebab hari tuh aku ada main gomol-gomol dengan Ryan. Ryan pulak tengah kena campak. Mana lah tahu kot-kot kan. Padahal masa kecik-kecik dulu dah pernah kena dah.

Dalam pukul 3.30 petang aku cakap dengan Bos aku nak pergi hospital. So, straight away drive perlahan-lahan pergi ke DEMC Shah Alam. Sampai sana dalam pukul 4 lebih dan dah sah-sah lah klinik O&G dah tutup kan? So, aku pilih untuk terus pergi ke emergency ward je lah. Masa tuh dah redha dah kalau doktor suruh admitted ke apa kan sebabnya aku pon dah tak larat berapa hari demam, selsema dengan batuk ni.

First sekali nurse suruh ambil blood pressure. Terkejut gila masa tuh blood reading aku 144/121. Aku fikir balik kenapa darah nih tinggi sangat padahal masa tuh takde pon rasa macam nak pitam ke apa. Nurse assumed maybe sebab aku tengah demam so blood reading tuh tinggi macam tuh. Lepas tuh nurse tuh bagi satu kertas warna kuning and suruh aku buat blood test kat Lab.

Dah habis semua tuh, kiteorang tunggu dalam 20 minit macamtuh. Alhamdulillah, based on blood test results tuh aku punya darah takde apa-apa. Takde tunjuk kena denggi or even campak semua. Maybe bacterial infection dalam darah yang buatkan aku sampai jadi gatal-gatal. Lepas tuh doktor tuh check aku punya blood pressure lagi sekali. Alhamdulillah jugak sebab blood pressure aku normal ; 110/70 je. Drama habis mula-mula punya blood pressure tuh.

"Why my first reading tuh darah I naik gila eh doctor?"


"Ohh maybe machine tuh salah kot. Dia dah accurate lagi"



Yeah right. Bak kata Kak Long hospital mahal-mahal pon boleh mesin canggih-canggih bagi reading tak accurate. T____T Nervous ai.



Sambal udang dan ikan goreng.

Nampak tak makanan kat atas tuh? Last week kan ada peristiwa sedih happened kat family aku. Lepas dah sudah dengan segala upacara kebumi jenazah semua, malam Rabu tuh kiteorang balik KL juga sebab Suami nak kerja esok nya dan aku sendiri ada few things yang nak kena settlekan kat office. Jadi Khamis pagi tuh aku masuk kerja agak lambat sebab balik dah dekat pukul 1 pagi dan aku sendiri letih sangat nak bangun.

Aku mesej Suami petang tuh,


"B, Sayang balik lambat sikit arini sebab ada kerja kat office. Nak kena masuk tender baru nih"

"Nak masak apa-apa ke arini? Ke nak beli je?"

"Takpe la. Lepas Sayang balik nanti, sayang masak lah apa-apa yang sempat. Takyah lah beli-beli semua"


And petang tuh we were a little bit busy sebab nak discusskan untuk projek baru yang kiteorang nak bid tuh. Sedar tak sedar aku tengok dah pukul 6.45 petang. Aku terus cepat-cepat kemas barang dan cakap kat Bos aku nak balik. Dieorang stay malam tuh nak siapkan quotation projek tuh sampai pukul 12 tengah malam. HEHE.

So, sampai je rumah, aku masuk-masuk je Suami dah tersengih-sengih kat aku. Macam tak pelik sangat sebab dah tahu dah ada benda yang dia buat, so straight away tanya lah,

"Dah kenapa B sengih-sengih nih?"

"Tengok tuh!" sambil tunjuk atas meja makan ada semangkuk sambal udang.

"Eh, laa kan dah cakap tak payah beli. Kenapa beli jugak?"

"Nih B masak lah!"

Whoaaaa! Stunt sekejap sebab skill memasak Suami aku nih memang doubtful. HEHEHE. *ampun B* Nak goreng ikan pon tak tahu, macamana nak memasak kan? But seriously masa tuh I was in a big surprised and terharu. Sweet gila kot kau balik kerja penat-penat ada surprised macam tuh! HEHE.

Rasa sambal tuh okay lah jugak, takde lah seteruk mana kecuali kau macam ada terasa makan sambal kat kedai kakak Kelantan je. Manis gula. HAHA. Aku tengok kat dapur siap ada balang gula lagi, so I wonder berapa sudu gula yang Suami aku 'ter'letak. HEHE. Bila dia rasa macamana dia masak, sekali dah monyok dah sebab tak sedap. Haha. Itu memang lawak lah, siap suruh aku masak yang lain. Takde kerja aku nak membazir semua.

Last sekali, angkut sambal tuh pergi dapur dan alter lah lebih kurang. After that baru lah rasa sedap sikit. Aku tak alter banyak pon, so maknanya memang dia masak boleh tahan lah.

Bila aku naik bilik, tengok laptop dengan broadband dah terpasang. Haha. Aku tanya lah,


"Macamana B boleh tahu masak sambal nih?"

"B google lah" jawab dengan muka selamba.

HAHAHA. Comel gila.

You Might Also Like

2 COMMENTS