Tanggung jawab

Assalamualaikum.

Baru-baru nih ada sorang kawan aku Whatsapp aku,

"Babe, aku nak tanya something. Pasal life after marriage. To what extent yang kita as isteri boleh tolong lelaki eh?"

I was laughed at first. Untuk seorang yang baru je kahwin untuk beberapa bulan nih, I guess I'm not a good person to talk about it. Yelah, orang cakap pengalaman pon tak sampai takat buku lali pon lagi, apetah lagi untuk penuh di dada kan?

Aku bagi jawapan yang sewajarnya aku jawab. Sebab bagi aku, tak salah share opinion sebab lagipon among kawan-kawan aku, aku orang yang paling awal kahwin. So, takde apa yang aku rugi pon kalau aku share kan? And this was my answer,

"Ohh entah la babe. Bagi aku selagi kita sebagai isteri boleh tolong kita tolong. Memang dalam Islam lelaki yang sepatutnya provide makan minum, rumah and our needs tapi kita pon fikir secara logik je la. Kalau semua husband kita dah tanggung, at the end dia nak makan apa kan? So, untuk awal kahwin nih, share je lah kot."

Tapi aku rasa aku punya jawapan still macam tak convincing. So, aku angkat phone and called Ayah untuk minta opinion. Sebabnya kalau salah jawab pon masalah jugak kan untuk orang lain. :)

"Ayah, adik nak tanya. Macamana sebenarnya tanggung jawab lelaki untuk perempuan lepas kahwin eh? Sebab kawan adik tanya sampai setakat mana yang perempuan boleh membantu Suami dia."

Ayah bagi jawapan sekali je. Pendek tapi bagi aku padat dan cukup senang untuk aku faham,

"Dalam Islam sepatutnya kalau diikutkan sebetulnya, lelaki kena sediakan pembantu rumah untuk isteri sebagai tolong isteri kat rumah."

"Tapi kalau lelaki tak mampu, ada kelonggaran untuk isteri membantu dengan syarat Suami izinkan isteri keluar rumah untuk bekerja dan bila untuk membantu Suami dalam hal rumah, isteri kena redha dan ikhlas"

"Isteri nih lumrah dia seorang yang pengasih. Sebab perempuan kan? Memang kasihan dengan keadaan Suami untuk mencari rezeki semua. Tapi mengikut kemampuan isteri jugak untuk bantu Suami dan keikhlasan isteri."

"Tapi kalau dalam keadaan hal rumah isteri yang banyak kena menanggung susah daripada Suami, Suami dah kira berdosa sebab isteri yang tanggung semua tuh. Kalau ikutkan, isteri sebenarnya duduk rumah dan uruskan perihal rumah je"

"Pokok pangkalnya, ikut keizinan Suami untuk keluar bekerja dan isteri redha mana untuk membantu Suami"

*mind you, Ayah aku memang ayah dramatik sebab biasalah, Cikgu BM. Hehe*

Aku terangkan kat kawan aku macamana aku diterangkan oleh Ayah. And Alhamdulillah, she's feeling better untuk kahwin. Hehe.

Zaman sekarang nih ramai je orang lelaki yang biarkan isteri macamtuh. Duduk rumah, melenggang kangkung melepak sana sini. Isteri susah payah keluar rumah mencari rezeki.

Kadang-kadang aku terfikir, macamana lelaki boleh lepas tanggung jawab macam tu sekali?

Senang sangat ke nak lepas kan tanggung jawab dengan amanah Tuhan dah bagi kat kau lepas kau lafazkan akad nikah?

*sigh*
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

You Might Also Like

1 COMMENTS