Rezeki

Assalamualaikum.

Dah berapa dah aku tak update blog nih pon aku tak tahu. Makin lama makin hilang mood nak menulis. :)

By the end of 2012, two of my best friends will be getting married. Satu, ayuzie and a week after that Bella yang akan menyusul. Of course all of us were excited and can't wait for the big event. Dah start rancang nak beli baju bridesmaids kat Jakel Shah Alam dah. Hehe.

Then semalam berbual dengan Bella pasal preparation wedding dia semua. One of the concern, of course lah pasal duit kan? Well, jangan nak tipulah kalau masa sesiapa nak kahwin tak risau pasal bab duit nih. Semua orang bagai nak rak fikir kan?

Lepas aku dah kahwin nih, and Alhamdulillah soon to be a Mummy, aku realized something yang sangat important. It is not about how big your ceremony will be held, but it is about the life after marriage itself.

*senyum macam orang dah pro. Hehe*

Kalau nak ikutkan memang betul, wedding adalah satu benda yang once in a lifetime je kau nak buat. Mesti lah nak everything cantik, grand semua. Yes, I got it. But what about hidup selepas tuh? Apa yang aku tengah cakapkan sekarang adalah untuk golongan muda mudi macam aku nih yang baru nak hidup. Lain lah kalau kau punya bakal suami/isteri masing-masing dah gaji 5-6k, so please ignore this entry. :)

Lepas kau kahwin, of course lah kau nak start fikirkan rumah right? Cari rumah sewa yang kau mampu okay. Bukan fikir tempat tuh cantik lah, apa lah. Nak cantik-cantik tunggu rumah sendiri. Dekat dengan tempat kerja? Yes, tuh benda yang sangat kau kena consider kan. Kalau boleh biar Suami yang kena travel, bukan isteri. Tapi dalam kes aku dah lain. Aku yang kena travel sebab aku yang taknak pindah. Sebabnya? Taknak jauh daripada family aku yang ada area Subang Jaya dan Bandar Sunway. Hehe. Tapi aku tak kisah sangat pon sebab inshaAllah ofis aku dah nak pindah ke area KLCC. So, naik LRT lah kite ye dop?

Ohh sambung cerita. Lepas tuh mesti lah nak consider beli barang peralatan rumah kan? Takkannnn la dah kahwin nak tidur atas tilam je. Takde katil bagai kan? Mana nak 'wild-wild' atas tilam nanti. Hahaha. *haip, gatal* Lepas tuh kalau nak beli mesin basuh, peti ais. Semua tuh kena fikir kan? Haa, banyak duit nak kena guna tuh. Alhamdulillah masa kiteorang kahwin, mesin basuh, TV semua dah ada : ihsan daripada Kakak. Set bilik tidur pulak Mak Ayah terchenta yang hadiahkan. Hehe.

Lepas tuh, lepas tuh, kalau dah ada rezeki terawal nak fikir pasal baby pulak. Lagiiii banyak nak kena saving. Kena simpan duit bersalin, nak beli stroller, baby car seat, dan untuk orang yang semangat waja nak breast feeding baby macam aku, kena consider untuk beli pump yang berkualiti. Kira investment lah kan? Lepas tuh tak payah beli susu dah. Hehe.

Teringat pulak cakap Bos aku semalam,

"Hang toksah nak beli pampers mahal-mahal sangat. Beli yang biasa-biasa je. Dia dah kencing nanti hang buang jugak."

"Pastuh suruh bini hang bagi susu badan ja. Lagi jimat duit hang bulan-bulan"

Tuh cakap orang yang gaji dah dekat 12k tuh. T___T

HEHE.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

You Might Also Like

1 COMMENTS