#Pregnancy : Mengidam


Assalamualaikum. 

Sejak akhir-akhir nih selera makan aku boleh tahan juga. Tapi ada sesetengah waktu, asal makan sup berlebih je, aku perasan aku lebih cenderung kepada muntah. Sama juga kalau aku minum air banyak-banyak. Is it normal eh?

Anyways, aku pon dah start rasa mungkin aku dah dalam fasa mengidam. Eceh, banyak hal pulak kau ye Farah? Mengidam lah, apa lah. Cakap je lah kau memang banyak makan. ^___^

Tapi betul weh. Macam hari tuh kan, lepas je medical check-up kat DEMC aku cakap kat Suami,

"B, sayang terasa nak minum Chocolate Cream Chip kat Starbucks laa. Boleh ke?"

Lalu Suami yang baik hati lagi penyayang *walaupun terasa aku annoying. HAHA* terus jawab,

"Boleh. Kita beli kat area Seksyen 9 tuh okay?"


Who can resist this? Tell me!

Masa tuh terus terbuai-buai je aku dengan perasaan nak minum tuh. Fuhhh, bila dah dapat tuh serius tak lepaskan weh ! Suami pula masa tuh minum lebih dari aku, siap berebut tau taknak kasi dia habiskan. Punya lah kan? HEHE.

Then, sambung kisah mengidam kepada hari Selasa yang lepas pulak. Hehehe. Dalam pukul 11 lebih tuh aku dah rasa nak makan kat Nando's pulak. Ish, masa tengah bulan nih memang pelik-pelik je la selera yang datang. Tengok purse, aiseh, memang terpaksa batalkan hasrat. Siap cakap kat baby, "Next time okay baby. Mummy dapat gaji kita pergi makan" sambil usap-usap, konon nak wujudkan mood sedih. HEHE.

Lepas tuh terus tulis kat Twitter dengan harapan ada orang nak belanja. Tadaaa, Allah mendengar doa dalam hati aku bila menghantar Sal untuk me'reply' tweet aku. Kehkehkeh.

Sweet je you nih. :P


Sanggup terus pergi KLCC tau semata-mata nak makan Nando's orang belanja. Hehe. Siap curi keluar awal sebabnya nak makan makanan sedap. Padahal kan, sebelum nih, aku bukan lah a big fan of Nando's pon. On that day, aku makan sampai habis tau? Punya lah mengidam kan. Tapi Sal pon makan habis jugak, so adakah Sal pon mengidam? Hehe. 

Kisah mengidam belum berhenti lagi ye tuan-tuan dan puan-puan.

Hari nih pon dapat makan besttttt. Dah terdetik daripada semalam dah, bila dapat je gaji aku nak ajak Suami makan kat Chili's.

Lalu, Allah menghantar lagi seorang gadis budiman untuk membelanja saya. HEHE. Aku dah la sampai ofis lambat arinih, dalam pukul 9.45 pagi baru sampai. Biasalah kan, hari Khamis pagi memang 'kerja keras' sikit. Kehkehkeh.

Lepas tuh naik pula message Rose,

"Babe, kat ofis ke? Jom lepak"

Aku dah memang pelik dah masa tuh. Perempuan nih dah kenapa nak ajak lepak pagi-pagi buta kan? Kot ye pon aku nih bukan pekerja cemerlang sangat, TAPI JANGAN LAH AJAK SEAWAL BEGINI! Grrr.

Aku reply, "Bileee?"

"Hari nih la. Aku kat KL nih tengah beli buku kat Jalan Pahang. Jom lah jumpa. Nak borak"

"Aiseh, sekarang ke? Ke..nak lunch sama? Pergi KLCC."

"Lunch okay je. Kat sana ada  Chili's? Aku belanja."

I was like WHATTTTT??!!! Ohh baby, ramai nyaaaaa orang sayang kita. Suka tau dieorang nih nak sweet-sweet ngan Mummy. HAHA.

Aku straight away said yes okay. Mana boleh resist, dah lah mengidam. Macam baby lapar disorong botol susu la kan (amboihh peribahasa baby je sekarang :D), terus cakap setuju. Hehe.

So jumpa lah Rose kat Chili's KLCC. Wow wow, jumpa orang yang baru dirisik, berkilau-kilau cincin kat tangan tau? Kemain lagiiiii. Cincin ai pon malap je duduk sebelah cincin dia. Hehe. 

Rose sekarang tengah buat houseman kat Hospital Muar. So, once dah jumpa, memang fully utilized la kan? Even nak merisik pon, family belah lelaki kena tunggu schedule dia, ini kan pula aku nih ha. It was fun having a girls' day out with her (despite boleh minta apa sahaja untuk makan, and she will pay. HEHE), tapi banyak gosip la boleh share. TAPI TERLUPA NAK AMEK GAMBA KAN BABE???? Damn.

Lepas tuh kan..... Lepas tuh.....

It was already 2 pm. For sure lah dah kena masuk ofis kan, tapiiiiii sebab kan ada pengaruh rakan sebaya untuk TEMAN dia tengok wayang, maka aku pon dengan selamba cakap BOLEH. Nervous juga masa tuh sebab aku dah lambat kan? Aku dah SMS colleague aku dah,

"Farid dah masuk ofis?"

"Dah, baru masuk. Kenapa?"

"Kalau Farid tanya aku mana, cakap lah aku lambat sikit eh?"

Sudahnya masuk ofis semula kau tahu pukul berapa? Pukul 5.05 pm. Siap tengok wayang katakan. Masuk je ofis tengok-tengok Bos aku tengah borak apa tah, aku terus berlaku peramah,

"Weh Farid. Lama tak nampak" sambil sengih-sengih.

"Ahh sudah la hang. Duk cover masuk lambat la tuh"

There you go. Kantoi. T__T

You Might Also Like

0 COMMENTS