#Baby : Check-up

Assalamualaikum. ;)

Pagi nih bila bangun dari tidur, aku rasa satu perasaan yang payah benar nak pergi kerja. Tuh la masalah kita nih kan, dah bagi betis nak peha pulak. Kerajaan dah bagi cuti sampai Isnin nak selama-lamanya pulak. Tapi gaji mesti jalan, boleh? HAHA.

Minggu lepas aku pergi buat check-up kat Klinik Kesihatan. Dah lambat sebenarnya daripada tarikh sebenar, dah dalam 12 hari terlewat. Masa dalam tarikh sebenar patut aku pergi check-up tuh, aku kena attend meeting kat Kerteh. Balik daripada Kerteh, asal aku call je Klinik Kesihatan Seksyen 7 tuh memang lah dasar menghampakan. Susah benau agaknya nak angkat call aku tuh. Pastuh nak bebel marah kiteorang nih sebab lambat datang. Zzzz.

Masa aku nak register tuh, nurse tuh tengok kat buku aku,

"Eh awak nih dah lambat datang nih. Kenapa datang lambat? Patutnya hari tuh lagi dah datang kan?"

"Ohh sorry lah nurse. Arituh saya ada kena pergi outstation, lepas tuh dah tak sempat datang dah"

"Aik, dah masa outstation tuh memang tak boleh nak call buat appointment balik ke? Jauh benar awak pergi?" *serius sarkastik tone nurse nih. Kecikkkkk je aku pandang*

Dalam pada tuh otak aku ligat je nak fikir alasan apa. Kena fikir alasan yang konkrit sampai buat nurse tuh terdiam. Kalau dia tanya lagi, mahu aku hangin kat situ.

"Ohh, sebenarnya saya ada conference kat Jakarta. Bila dah kat sana memang tak boleh nak call la kan? Semalam petang baru saya balik dari Jakarta. Sebab tuh pagi nih saya cepat-cepat datang sini nak ganti appointment saya"

Straight away, nurse tuh pandang aku dan tunduk je. The least yang dia reply kat aku masa tuh,

"Duduk dulu"

*senyum puas*

Ituuuuuu lah dia. Tak pasal-pasal nak hangin dengan patient. Kot ye pun ramai orang yang datang hari tuh, relax lah sikit kan? Baru pukul 9 kot kau dah nak marah-marah bagai. Sudahnya aku kena tunggu sampai pukul 10.30 pagi baru nak check segala tuh. Ya Allah, memang tekanan perasaan tunggu dalam tuh.

Lepas nih, kalau ada appointment dengan Klinik Kesihatan, aku akan datang awal!! *nekad*

Alhamdulillah untuk check up kali nih takde masalah apa-apa. Aku pon dah berhenti demam, batuk dan selsema. Syukur sangat sebab dah rasa sihat daripada biasa. Cuma sekarang nih aku ada masalah sakit dada dan susah nak bernafas. T__T

Sebenarnya, aku buat check-up kat 2 tempat. Kat klinik kerajaan aku pergi, kat specialist pon aku pergi. Sebabnya? Rasa macam nak puaskan hati sendiri kot. Actually more to puaskan hati Suami. Haha.

So, we opted for Dr. Jumeah from Darul Ehsan Medical Centre, DEMC Shah Alam. Alhamdulillah dah dua kali jumpa dia, doktor nih bagus layanan dia. She's the one yang found out air kencing aku ada masalah dan caused an infection, yang sekaligus buatkan aku non-stop muntah-muntah even though aku dah masuk 4 months masa tuh. So, she prescribed me with antibiotics and few other supplements, dan sekarang dah kurang dah masalah muntah-muntah tuh. Cuma kalau terlambat makan tuh je memang akan muntah-muntah la kan? That's normal I guess.

Masa check-up baru-baru nih, doktor just scan and check apa yang patut. I just enjoyed my view, looking at the big screen and saw my baby inside my tummy. Tengah bergerak-gerak macamtuh. HEHE. Comel je. Then, doktor cakap,

"Okay, let's see the gender okay Farah?"

HAHAHA. Aku nervous sebenarnya ! Macam nak ambil results SPM pulak perasaan masa tuh. Just aku dah sure results aku masa tuh teruk, tapi this one memang clueless.

So, here is my baby. Huk aloh, malas nak sorok-sorok gender ke hapa. Aku bukan Angelina Jolie pon kan? And nasib Yot dengan Cuda tak bet arituh, kalau tak for sure Cuda kalah. Haha.

Tapi as the doctor said, "InshaAllah betul apa kita teka. Tapi I pon bukan Tuhan kan nak cakap this is 100% true. Just wait and see je la. Allah lagi tahu"

And this is why I love this doctor. Islamik gitu. HEHE.



Sape pandai sila teka cepat. HEHE.


Can't wait for you to come in our life baby ! Can't wait. :D

You Might Also Like

6 COMMENTS