Perabot #1

Assalamualaikum. :)

Dah nak hampir hujung-hujung Ramadhan dah sekarang nih. Tapi makin dah nak habis, bukannya aku rasa dah banyak amalan aku buat tapi makin tunggang terbalik adalah. Yang tinggal solat tah ke mana, yang tak puasa tah ke mana (even I have my own reason for not fasting, sometimes) tapi itulah. Aku rasa aku macam rugi. T__T

Leka sangat aku nih dengan benda-benda duniawi. Bila Allah dah tarik sikit, baru acah sikit, mula lah nak merempan, "Ya Allah, banyaknya dosa aku". Isk, teruk aku nih.

Anyways,
Semalam kiteorang pergi beli first perabot untuk rumah kami ! Weeehoooo! (Nih pon duniawi gak sebenarnya. HAHA)

Actually plan nak beli perabot (sofa je pun) dah lama pon. Lama tak lama dah masuk 2 minggu jugak. Asyik hold je apa yang kiteorang nak beli. Money constraint is the first thing and then comes to other thing macam pattern yang tak berkenan dan sebagainya. Hehe.

So semalam lepas berbuka di rumah Subang (Induk masak banyak gile weh!) kiteorang pergi buat furniture hunting dengan Induk dan Kakak. Cari kat area Subang je pon.

Plan asalnya nak cari yang simple je sebab yelah, rumah nih pon bukan rumah kiteorang. Rumah sewa je pon. Once we have our own house, baru lah boleh hias cantik-cantik kan? Tapi bila dah masuk showroom tuh, aisehh terus tukar plan. Suami pula berkenan dengan yang custom made bagai. Aku start lah pilih mana material yang berkenan, tapi semua kena reject dengan Suami dan Kakak.

"Kau nih dah takde taste lah. Taste dah buruk-buruk dah sejak mengandung nih" as they said. HAHA. Macam aku kisah even dah ramai cakap macamtuh.

So aku biarkan je lah Suami pilih furniture semua. Aku sebenarnya lagi syok sebab aku malas nak fikir segala hal pasal perabot nih. Lagi Suami nak hiaskan semua pon aku tak kisah, tapi nanti aku kemas lah. Hehe.



So, here we go. Sesi untuk memilih-milih material untuk perabot.


Masa nih aku banyak duduk je. Suami je duk pilih-pilih. Aku just mentioned aku tanak kaler yang terang ataupun putih ataupun cream dan sebagainya. Kot kalau tertumpah air atas sofa tuh nanti, siapa rajin nak menyental? Aku memang tak rajin lah.

In the meantime Kakak dengan Induk pergi 'tengok' perabot lain. Sekali bila aku tiba kat dieorang Induk cakap, "Induk nak beli jugaklah". HAHA. Kemain senang nak buat keputusan. Aku nih nak beli perabot ada lah 2,3 kali fikir. Semua orang aku duk tanya camane. Haha.

Cadangnya nak amek kitchen cabinet sekali. Sebabkan kalau kau datang umah aku sekarang memang lah bersepah pinggan mangkuk sebab takde almari nak letak. Dan sebab tuh jugak lah hadiah-hadiah kahwin kawan-kawan bagi arituh, aku simpan je dalam kotak tak guna-guna pon. Sebab aku malas nak keluarkan pinggan tuh, basuh, keringkan dan masukkan dalam kotak balik.



Tadaaaa! Inilah yang Suami ku pilih. The original one is yang corak bulat-bulat tuh. But we still stick untuk frame sofa tuh guna kaler hitam plain tuh.


Nanti bila dah siap sofa nih, aku uploadlah kat dalam blog nih ye? Sekarang nih belum siap lagi. Maybe lepas sebulan kot. Aku pon tak pasti.

Next year, I'll be celebrating Hari Raya with my small family ; with my husband and baby. Tapi daripada sekarang aku dah start excited dah walaupun aku tak tahu kepantasan aku bertindak sebagai seorang Mummy nanti. HAHA.

So, perabot sudah. What's next? ^__^

You Might Also Like

0 COMMENTS