Panglipur Lara

Assalamualaikum.

:)

Masa aku zaman kecik-kecik, aku suka sangat membaca. For some kids mestilah baca komik segala kan? TAPI TIDAK BAGI AKU. Huhu.

Ayah jenis yang memang galakkan kiteorang adik-beradik beli segala jenis bahan bacaan. Bangah dulu dengan koleksi komik dia yang BANYAK GILA (anak lelaki sorang kan?) sampaikan berderet je kat dinding bilik dia. Meninggi ke atas. Kau sebut lah segala jenis komik ; Perkasa Baja Hitam lah, apa jadah lagi aku tak tau. Haha.

Tapi aku lain pulak. Ayah belikan aku 'komik' KAWAN. Korang ada pernah baca tak? And yes, aku adalah pelanggan tetap setiap bulan. Daripada rasa biasa-biasa sampai lah aku dah jadi menunggu-nunggu KAWAN tuh. Ayah pulak kalau pergi kedai memang ada je buku belikan untuk kiteorang. So, ye rakan-rakan, aku dulu duta untuk 'komik' KAWAN.

*sekarang aku rasa aku nerd*

Ohh ituuu belum nerd lagiiii. Wait until korang tengok aku ada koleksi Dewan Pelajar. Perghhh sebab kan Dewan Pelajar buatkan aku suka menulis sampai sekarang.

*double nerd*

Masa zaman kecik-kecik dulu aku memang sikit berani daripada budak-budak lain. Well, bukanlah berani benda yang bukan-bukan tapi aku jenis yang tak takut kalau berhadapan dengan public speaking. Entah kenapa aku pelik sampai sekarang kenapa ada orang yang gemuruh melampau sampai black out. Serius aku tak faham sampai sekarang.

Jadinya, aku banyak terpilih untuk masuk segala jenis pertandingan lah. Yang paling femes sekali adalah pertandingan bercerita. And that's where I met my first-and-super-annoyed best friend, Ayu Zie. Haha.

Masa tuh dalam darjah 2 atau darjah 3, aku tak pasti. Aku masuk pertandingan bercerita kat Perpustakaan Awam Masjid Tanah. For first timer and budak kecik some more, aku asyik terkencing-kencing je sebelum nak naik stage tuh. Aiseehhh, masa tuh rasa glamer je sebab semua rakan sebaya ada tercongok kat depan tuh tunggu kau berdendang dan bergagap depan dieorang.

I was wearing a costume back then. And to be suprised, it was a tree. Kau bayangkan aku pakai kostum pokok sekarang?! Sumpah kau tak tidur 3 hari 3 malam. Haha.

Then lepas tuh aku bermula lah aktif dalam bidang bercerita. Ecehhhh, mana je pertandingan bercerita kat Masjid Tanah/Alor Gajah tuh takde aku, semua ada tau. Macam otai dalam bidang bercerita pon ada juga. Haha.

Tak sudah dengan pertandingan bercerita, aku masuk pula pertandingan pidato. Masa tuh aku kalah dengan Ayu Zie sebab dia dapat nombor 1 dan terus peringkat negeri. Aku pulak dapat nombor 2 dan terus peringkat balik rumah je. Hehe. Aku ingat lagi menang nombor 2 dapat senaskhah Al-Quran. Ayah gunakan Quran tuh sekarang. Alhamdulillah elok je lagi. :')

Ohh sangat nostalgia. Hehehe.

;)

Sebabkan sekarang nih pregnancy aku dah nak masuk 5 bulan, aku cuba nak amalkan Surah Yusuf sekarang. Lepas tuh, try amalkan sampai 7 bulan sebelum proceed to Surah Maryam sampai 9 bulan.

And masa aku cuba nak ceritakan kepada baby tentang Nabi Yusuf tadi, aku tiba-tiba terdiam. Terasa macam lancar je aku bercerita dengan baby dalam perut nih.

Tak lama lepas tuh aku sedar......

YE, kisah Nabi Yusuf pon aku pernah hafal untuk pertandingan bercerita dulu. So, no wonder lah kenapa aku boleh tahu dengan agak lancar.

Terus aku bangga dengan diri aku sebab kalau tak dek kerana jadi panglipur lara kat rakan-rakan sebaya, mesti aku tak berapa tahu kisah Nabi Yusuf macam sekarang. HAHA.

;)

You Might Also Like

2 COMMENTS