Just my 20 cents

Assalamualaikum.

Sampai je ofis pagi nih, check e-mail first.
Okay setel. Dah reply semua e-mail.

Sebenarnya kerja dah tak berapa nak ada since DAH RAMAI orang ambil cuti raya hoi!
So what I did just now was reading someone else's blog.

Dan sampai lah aku kat satu blog nih.
She's quite a famous blogger, I guess, based on followers dia yang dah sampai 1000++.
What she wrote is mostly about her motherhood.

Mula-mula aku bukak entri dia boleh lah baca jugak. Entah lah. Sampai dah berapa entri tah aku dah start tak berkenan sebabnya aku merasakan dia nih somehow macam....... Then, sampai lah ke satu entri nih yang pasal baby koma makan Nestum di usia bawah 6 bulan.

True benda tuh. Tak silap aku pon Mak aku sendiri cakap kat Kak Long aku start bagi Queen dengan Qistina makan nestum lepas umur 6 bulan. Memang tak salah pon apa yang dia (this blogger) cuba nak katakan tuh.

Tapiiii, entah lah. Mungkin aku tak berkenan cara dia mempersoalkan dengan lantang mana-mana Ibu muda yang dengar sangat cakap orang-orang tua tuh BODOH.

In my opinion, BODOH is a big word.Harsh word to be exact.

Setiap orang ada cara mereka tersendiri nak besarkan anak-anak. Aku pon sama. Maybe lepas baby dah keluar nanti aku pon ada cara aku sendiri macamana dari segi nak besarkan baby, keselamatan baby, apa hak untuk baby aku yang aku patut buat. We (husband and I) already have planned about it.

Aku merasakan SEMUA orang, bila dia dah besarkan baby dia dengan jayanya, dia akan merasakan yang dia betul. Ye, dia berada dalam landasan yang betul. Walhal, kalau ikut sistem yang sepatutnya, dia SALAH. And bila ada orang nak menegur dia, dari situ lah keluar ayat,


"Alaa. Anak aku tuh okay je bila aku bagi makan umur 4 bulan pon. Sihat je besar tuh"


Bagi aku, semua orang nak menegakkan apa yang dieorang pegang. Apa yang dieorang baca. Bilamana orang-orang tua pula, mereka merasakan kadang-kadang apa yang kita cuba praktikkan untuk zaman sekarang, 2o12, sebagai satu yang merepek. Tapi apa yang kita lakukan berdasarkan kajian yang dibuat sejak daripada zaman dieorang.

*senyum*

Bagi aku Ibu muda yang dengar cakap orang tua nih bukanlah bodoh. Siapa kita nak melabelkan orang lain bodoh. Mungkin mereka sendiri melihat bila ibu bapa mereka besarkan mereka dengan cara yang okay, so apa yang ibu bapa mereka praktikkan tuh betul.

Kurang ilmu pengetahuan mungkin. :)

As for atuk dan nenek baby tuh pulak, standard lah kannn. Mana ada atok nenek yang tak sayangkan cucu. Mak Ayah aku kalau pasal cucu, haaa, anything cannnnn. Kalau masa kiteorang adik beradik dulu semua tak boleh. Haha. Standard lah kan. Jadinya kalau nenek tuh cakap,

"Alaa kesiannya cucu nenek nih lapo ye? Haa, Jemah. Bagi lah anak kau nih makan sikit. Biskut marie cecah kopi pon takpe. Lembut"

"Ohh boleh eh Mak?"

"Ah kau adik beradik dulu aku sumbatkan je pape. Ape ke besau sampai sekarang nih ha"

"Haa ye lah Mak. Jemah bagi makan nih"


Memang salah kita kalau taknak belajar cara yang betul. Dan tak semua cara orang-orang tua salah sebenarnya. Sebab tuh lah kita kena belajar kan? Dan kalau orang lain ada yang terbuat benda yang salah, kita sepatutnya tegur dengan cara yang elok. Orang Melayu nih kan selain daripada banyak adat resam, penuh dengan budi bahasa. Dan kalaupun kau dah tegur dia taknak dengar, let them be. As a Muslim, kau dah jalankan tugas kau untuk mengingatkan dia.

Kita nak didik anak kita jadi baik segala. Kalau pun kita sendiri cakap orang dengan sedemikian rupa, hmmm tak cantik lah gaya nya kan?

Kalau terjumpa golongan yang rasa dia asyik nak betul je, kau senyum je lah. Dan kalau rasa golongan yang rasa dia macam pandai segala, pon senyum je lah.

At the end, Allah yang akan menunjukkan kita siapa yang betul ataupun siapa yang salah. Siapa yang pandai ataupun siapa yang kurang ilmunya.

Ohh, this is only my 20 cents. Sorry Ibu-ibu otai di luar sana !

:)


You Might Also Like

0 COMMENTS