I'm an Engineer!

Assalamualaikum.

Aisehhh, title dah nak kerek kan?
Yes, I'm an Engineer but not that typical engineer okay? I'm an Eating Engineer.

Eheh.

Hari nih work loads takde lah berapa banyak pon. Dalam pukul 10.30 pagi, ada announcement untuk turun ke Conference Room untuk bacaan Yasin anak kepada Assistant Manager Department aku nih meninggal dunia.

MasyaAllah, tragik betul kisah kemalangan dieorang tau?

Tapi, aku tak turun pon bawah sebab aku segan dengan keadaan pakaian aku arinih. Aku serius terlupa ada bacaan Yassin tuh since semalam heboh sangat nak ke KLCC dengan Chichi dan Sal. Phewww, so pagi nih aku just pakai t-shirt short sleeve dengan maternity pants yang agak looks skinny. So bila aku tengok semua yang ke Conference Room berbaju kurung bagai, aku jadi segan nak masuk. T_T

Anyways,
dalam pukul 12.30 tengahari tadi budak-budak lelaki nih ajak turun bawah.

"Farah, jom makan. Kat bawah ada makanan woi"

"Ada makanan apa?"

"Ahh banyak tanya lak kau. Cepat lah"


I'm always the black sheep of this 'family'. T____T

Tapiii tak kisah lah kan? Takde masa nak sentap segala hal. Aku malas nak fikir banyak so aku ikut dieorang turun.

Aiseh, rupanya ada jamuan raya HR & Admin Department buat. And that's explain kenapa pagi tadi aku nampak ramai katerer kat luar ofis. *Dah usha dulu dah. HEHE*

Kat sini tradisi dia takde Majlis Hari Raya sekaligus. Setiap department akan buat jamuan hari raya dan lepas tuh ada department lain yang buat. Maknanya, akan SENTIASA ada jamuan je lah kan? Dan sudah tentu aku dan baby sangat happy dengan tradisi nih! :P

Aku dah ambil makanan, terus naik atas. Malu lah nak campur dengan orang lain. Ke... aku nih sombong aku pon taktau. Kalau pergi lunch pon aku rather pergi sorang-sorang daripada campur dengan kakak-kakak department lain.



Nih benda first aku rembat dulu. Aku syak dieorang order dengan kakak department Project Management kat atas nih. Sedap weh akak tuh punya Carrot Cheese Cake dengan Velvet Cake tuh. Lepas aku rembat ke Velvet Cake tuh aku dengar soksek kat belakang, "Alamakkk baru nak ambil Red Velvet tuh"
HAHA. BOO. Lambat.



Haaa, tengok makanan I! HAHA.
From right, Soto Ayam, Nasi Lemak Sambal Udang dan kuih muih ai. HEHE. Aku tak habis pon makan Nasi Lemak tuh sebab aku fikirkan aku nak habiskan Soto Ayam. Sudahnya sampai sekarang, pukul 3.06 pm, aku tak makan-makan Soto Ayam dengan kuih tuh. T___T

Kau nampak tak jam tuh? Aku rasa sejak sekarang nih aku nak buat kerja je aku akan bukak jam. Sebijik dah menurun perangai Ayah aku. HAHA.



So this is my workstation. Banyak makanan je daripada kertas kan? HAHA.
Basically, kerja aku ada sekarang nih. Semua dah e-mail kat client just nak tunggu dieorang punya feedback before anta other supervisor pergi offshore.

Percaya atau tidak, lepas semua orang naik offshore, ada 3 orang je kat department nih sampai hujung tahun ; Bos aku, 1 Document Controller dan AKU! T_T


Aku nak kumpul makanan nih sampai sat lagi sebab biasanya pukul 4pm aku lapar balik. Sekejap tadi, Lan lalu ;

"Kau sorokkan makanan eh Farah?" *sebab aku tutup dengan kertas-kertas*

Sambil pandang dia, "Aah. Hehehe"

Ahh shaddap. Daripada semalam semua orang nak tegur aku asek makaaaann je.

Makan is fun whattttt.

;)



You Might Also Like

1 COMMENTS