#Baby : Gender

Assalamualaikum. :)

Hari nih first day start kerja lepas dah seminggu kerja, MashaAllah dia punya mengantuk Tuhan saja lah yang tahu. Sempat juga aku curi-curi tidur kejap tadi. Hehe.

Semalam bestfriends datang beraya kat rumah. Meriah sungguh riuh rendahnya. Aku yang tak sempat nak prepare apa-apa sebab sedang ada di Giant (alasan. hehe) terus belikan Dominos je untuk hidangan.

Segan juga sebenarnya sebab bukan apa, rumah kami takde sofa atau apa pon lagi. Kalau tetamu nak duduk, kena duduk bersila atas karpet je. Kesian pula nak tengok orang duduk macamtuh. Nak tunggu sofa baru datang, lepas raya lah baru sampai gamaknya. Jadi jangan lah kecil hati eh kalau kami tak berapa ringan mulut nak menjemput orang datang rumah? Belum lagi. :)

Anyways,
Bila dah berkumpul dengan kawan-kawan nih, the real concern for them is seeing me keep on eating. Alhamdulillah muntah-muntah tuh semakin berkurangan. It is there, but somehow I managed to control it without any tears. Eheh.

So banyak lah teori dan fatwa yang keluar,

"Babe, aku rasa anak kau perempuan lah. Sebab muka kau sejak mengandung jadi glowy"

"Ehh tak laa. Aku rasa anak dia mesti lelaki. Sebab kalau muka glowy lah dia bawak anak lelaki. Kakak aku dulu macamtuh"

"Taaaakkk. Aku rasa sangat anak dia perempuan sebab dia takde dah nak make-up segala"

And the teories keep on and on and on.

;)

Truth is, I don't mind whether my baby is a girl or a boy. Asalkan baby nih SIHAT dan selamat dilahirkan. I am trying my best to keep my baby's healthy, sampai lah selamat dilahirkan.

But, somehow, to be honest, I have reserved a few names for my baby nanti. In fact nama tuh dah ada dalam kepala aku nih sejak bertahun-tahun dulu. Punya lah gatal nak kahwin. HAHA.

And I'm quite excited for the next appointment since my doctor said that bila dah dalam 18 weeks macam tuh, kalau bertuah, boleh lah nampak gender baby. Konon dulu taknak tengok, tapi sejak masuk kedai baby nih, geram pulak nak pilih-pilih barang.

*padahal nervous jugak sebab barang-barang baby SUPER expensive* *gulp*

Tapiiii anak punya pasal, apa ade hal, ye dop? :P



My baby ; beauty as always. ;)

You Might Also Like

2 COMMENTS