My experience

Assalamualaikum.

Fuh, dah lama sangat aku tak menulis. Cara nak menulis pon aku dah tak ingat macamana. Macam dah hilang skill nak menulis. Eheh.

Sejujurnya sekarang aku lebih sibuk melayan diri sendiri. Entahkan mana nak hilangkan tekanan kerja, morning sickness yang tak sudah-sudah ; sampai kan aku balik je melayan mata terus. Kesian suami yang kadang-kadang kena berbuka dengan makanan berbeli kat bazar Ramadhan. Masak pon biasa-biasa je. Huhu.

Aku kerja kat Setiawangsa. Menempuh Jalan Ampang yang jem nya tak pernah surut. Walaupun kami dapat balik waktu bulan Ramadhan pukul 4.30 pm, still aku rasa tak berapa sangat efektif nya kat aku. Nak menempuh Jalan Ampang untuk masuk ke MEX memang kena ada plastik kat seat sebelah kiri. Bila-bila masa je aku boleh 'meluahkan' segala apa dalam perut. MasyaAllah, aku sampaikan kadang-kadang menangis. Jeles sungguh dengan orang yang morning sickness sekejap ataupun TAKDE LANGSUNG. Mula lah aku merempan malam-malam kat Suami,

"B, ada tak orang mati sebab morning sickness? Sayang dah tak larat dah" sambil air mata mengalir laju.

Nak sedapkan hati, aku asyik cakap je "Takpelah. Mungkin dulu banyak sangat dosa. Allah bagi sikit-sikit".

Semalam, usai solat Maghrib aku terus terbaring. Sedar-sedar Suami kejutkan aku untuk mandi sebab badan aku tengah panas sebab demam. Kau bayangkanlah, dengan demam, hingus meleleh-leleh, batuk yang tak sudah-sudah ; tak terdaya aku nak bangun. Belum campur lagi muntah-muntah sampai dah takde apa yang aku nak muntahkan.

Tapi, nak sedapkan hati balik, takpe lah. Nak besarkan baby. T__T

Kalau kat ofis tuh, aku seorang sahaja perempuan dalam teknikal team aku (specifically aku seorang engineer perempuan). Overall, ada 2 perempuan dalam department aku. Kalau tengah discussion dengan team aku, tiba-tiba nak termuntah. Haa, aku terus berlari laju ke toilet belakang. Kalau dah teruk sangat, Bos aku suruh balik and work from home. Memang kalau macamtuh, aku serius syukur gila. Terus balik, on laptop tepi katil and tidur. Kalau ada e-mail masuk, reply.

Nak habiskan first trimester nih, letih betul. Tapi aku rasa morning sickness aku nih panjang lagii nih. Belum ada tanda-tanda nak berhenti buat masa sekarang. Takpelah, tahan sabar je.

Ohh ya, kalau ada orang yang baca lagi blog aku nih, aku nak minta pendapat. Mana lagi okay eh, nak bersalin di kerajaan ataupun swasta? Kalaupun jawapan korang kerajaan hatta swasta, yang mana hospital okay kau rasa? Aku sekarang dah start survey-survey. Ingat nak start check up betul betul.

Please, if anyone's reading this.

:)

You Might Also Like

4 COMMENTS