Rezeki Allah

Semalam aku punya batuk dah melarat teruk. Jadi, Mak dan Ayah yang baik hati telah bawa aku ke Hospital Putra untuk jumpa my favourite doctor ; Dr. Khanna. Balik ke Melaka tuh Ayah amek kat rumah nih and straight away heading to Hospital Putra, dan di sebelah petang Ayah dan Mak tolong hantarkan sampai ke Seremban dan diambil oleh Suami. Ahhh heaven kau. HAHA

Anyways,
masa dalam perjalanan dari Melaka ke Seremban tuh, I saw a very nice-smart-and-good looking Toyota Camry which aku always suka untuk tengok. Bila nampak kereta tuh je jadi macam "Alamak, smart nya lahai Camry nih". So I told Ayah to look besides me (kiteorang kat traffic light) and saw the nice white Camry.

Then lepas tuh Ayah bagitau aku yang his good friend, Cikgu T tengah tunggu kereta tuh daripada kedai. Meaning beli baru lah kan. I was like "Whoaa! Kaya tuh".

"Bukan dia dah ada BMW ke Yah?"

"Itu bukan dia punya, menantu dia punya. Dia punya kan Mercedes tuh. Yang Camry tuh pon menantu dia belanja"

"Gila bapak kaya menantu dia tuh ! Ohh yang kerja dengan XX tuh eh?"

"Iye lahh. Menantu dia tuh dapat elaun lebih RM1500 sebulan. Dah tak tahu nak buat apa dengan duit tuh. So, dia belikan lah kereta baru untuk bapak mertua dia"


I was stunned ! Seriously ? Seriously kau kaya macam tuh ? Sampai dah tak tahu duit RM 1500 per month kau nak buat apa? *faint* HAHAHA.

Dari apa yang aku tahu, menantu Cikgu T nih pun sendiri datang daripada anak orang senang. Jadinya, bila dah senang keluarga, senang diri sendiri, dia belanja pula mak ayah mertua dia. Alhamdulillah, rezeki dia murah kan? Boleh belanja keluarga ke sana sini, buat Umrah some more. MashaAllah, may Allah bless him with his money and kindness. :)

But then, maybe Allah dah memang janjikan semua manusia akan dapat sama rata kan? Tiada yang berlebih, ataupun berkurang. Mungkin rezeki si menantu nih lebih kepada harta benda, namun rezeki dari segi zuriat Allah belum kurniakan walaupun dah bertahun-tahun dieorang berkahwin.

Benda nih Mak aku pula yang cerita. Terus sedikit demi sedikit aku hilang rasa jeles tadi. Bukan lah sebab apa, tapi aku rasa Allah sangat Maha Adil dengan semua hamba-Nya.

Sangat Adil.
Tiada yang adil lagi selain daripada-Nya.

Maknanya, Allah juga Maha Mengetahui perangai hamba-Nya. Kalau seorang nih, dah lengkap hidup dia dengan semua benda, manusia lain pula yang ada hasad dengki. Jadinya, dalam keadaan macam nih lebih kurang macam Allah nak cakap kepada kita,

"Apa yang Aku berikan kepada dia, tiada dengan kau. Dan apa yang aku berikan kepada kau, tiada dengannya"

Fair enough right? Nothing to envy pon. :)

I'm going to have a job interview in a minute. Banyak sangat aku kena study sampaikan aku just sentuh mana aku rasa patut je. InshaAllah, kalau ada rezeki kat tempat nih, ada lah. Ye tak? Hehe.

Wish me luck you guys ! :)

You Might Also Like

0 COMMENTS