Phuket, Thailand

Assalamualaikummmmm. ;)

Ohh. Salam sejahtera.
Eheh.

Alhamdulillah, dah 2 minggu hidup jadi isteri orang. Banyak beza nya sebab aku kena bahagikan masa antara jadi seorang isteri, pekerja dan juga seorang pelajar. Mula-mula banyak payah nya tetapi Alhamdulillah suami rajin tolong buat itu ini juga.

*senyum*

So, lepas majlis aku kat Batu Pahat dalam 12hb Mei hari tuh, kiteorang straight pergi honeymoon kat Phuket, Thailand. Majlis habis hari Sabtu, bertolak ke Phuket daripada LCCT dalam pukul 7 malam hari Ahad nya.

Perihal tiket dah setel lama sangat. Tak silap aku sejak bulan 1 hari tuh. Jadi bila sampai ke sana, kiteorang just perlu setelkan hal makan dan hotel je lah kan?

Untuk hotel, aku book sendiri dengan hotel tuh. Google hotel yang okay dan berpatutan harganya through internet dan berurusan je dengan orang hotel. Sakit jiwa juga lah aku dengan Kakak aku (sebab Kakak yang tolong) nak cakap dengan dieorang sebab orang hotel tuh tak tahu cakap English. Last sekali kiteorang communicate through e-mail je. Setel.

Flight dari LCCT ke Phuket International Airport (PIA) ambil masa dalam 2 jam 5 minit. Mula-mula aku jejak kaki kat airport tuh aku agak terkejut jugak la sebab airport tuh boleh dikatakan agak canggih berbanding airport Bandung yang kecik cenonet tuh. Airport Phuket (walaupun terletak di pulau) agak besar juga dan lengkap dengan macam-macam facility termasuk Duty Free Shop.

Dari PIA dah berlambak travel agent kat luar tuh. Semua tunggu kau datang kat dia dan ambil pakej teksi dan pakej-pakej yang lain. Tapi satu benda yang aku nak nasihatkan kalau korang datang Phuket, jangan ambil pakej dalam airport tuh. Cukup hanya ambil taxi untuk ke hotel sahaja. Sebab nya beza dalam 500 baht (RM50) juga untuk satu-satu pakej tuh.

Kiteorang stay kat Patong Beach, which also known as tourist beach. Memang sekitar Patong tuh segala jenis tarian dari pakai baju sampai bogel ada. Haha. Elok pula aku punya hotel betul-betul berhadapan dengan Hard Rock Cafe Phuket. Memang hari-hari jamu mata tengok parti buih yang dieorang buat. SETIAP MALAM MESTI ADA. :P

Kiteorang stay kat Baumanburi Resort and Spa. Bilik yang kiteorang ambil adalah untuk honeymoon pakej dan SANGAT PUAS HATI ! Hehe. Katil yang kiteorang dapat agak besar, bilik besar, ada bath up and shower jugak ! Tak silap aku harga bilik tuh adalah RM110/malam. Sangat recommend semua orang datang sini ! :)





Yang nih senonoh la sikit. Yang dalam buih tuh.......... :P


Swimming pool yang gabak.


Sambungan.



Kalau kau berenang dari awal sampai akhir pool, confirm tumbuh muscle. Besar weh !


Malam tuh kiteorang jalan sekitar Bangla Rd. Memang belakang hotel kiteorang juga. Bangla Rd. nih terkenal sebab pub/club di sebelah kiri dan kanan jalan. Benda yang paling menarik untuk dieorang adalah, setiap pub/club/mini bar mesti ada 'pole dance' ataupun tarian tiang. Bagi aku, Phuket memang tempat untuk bersuka ria je. Tak pelik lah kenapa kena tsunami dulu. Hehe.

Keesokan harinya, kiteorang dah siap pukul 7 pagi (8 pagi waktu Malaysia). Plan kiteorang hari tuh untuk island hopping ke Phi Phi Island. Nasib kiteorang sangat baik sebab buffet breakfast kiteorang ada disediakan 'Halal Food Corner' which kebanyakkan hotel lain di Phuket susah nak jumpa benda nih. Soooo, aku dan Suami apa lagi ! Makan sampai kenyang lah walaupun kiteorang just belasah Coco Crunch je pagi tuh. Hehe.


Dalam mulut aku masih ada roti bakar. HAHA.



Kiteorang ke Phi Phi Island tuh naik cruise yang ambil masa dalam lebih kurang 2 jam lebih. Sumpah masa nih aku dah rasa nak mengamuk sebab lama gila duduk dalam cruise and perut aku dah lapar pulak masa tuh. Hehehe. Menyesal tak ambil pakej yang speed boat ; yang ambil masa kurang daripada 2 jam.



Masa nih atas cruise. Nampak tak pelekat hijau tuh? Dia tulis "Sea Angel Luxury". Hehe.


Sampai ke Phi Phi Island kiteorang ke Monkey Beach untuk snorkeling. Aku nih da lah tak pandai berenang. Suami duk ajak aku turun tengok ikan segala tuh. Aku turun je dalam laut tuh dah mengelupur macam hape ! Badan menggigil bagai. Sah aku kena panic attack. Last sekali aku naik atas dengan bantuan mamat bot dan Suami. Serius lepas tuh rasa taknak dah snorkeling bagai. Kalau nak tengok ikan lepas nih tengok dalam akuarium je. Lagi bagus. Huh.

Lepas 1 jam Suami snorkeling tuh, kiteorang dibawa pula ke sebuah hotel kat Phi Phi Island tuh untuk makan tengahari. Haaaa, masa nih panic attack aku terus hilang ! Aku rasa macam adrenaline rush je nampak semua makanan yang sedap-sedap and HALAL ! :)) Then lepas makan semua, dalam pukul 3 petang kiteorang gerak balik hotel masing-masing. Sampai lebih kurang pukul 5 lebih.

Esok nya, aku dan Suami pilih untuk jalan-jalan sekitar Patong je. Misi untuk hari tuh adalah mencari Restoran Kesuma yang aku dengar dan baca daripada orang Malaysia yang dah jejak ke Phuket. Aku mencari kedai tuh bagai nak rak tapi tak jumpa-jumpa. Sudahnya, beli lah something untuk family benda yang tak seberapa such as fridge magnet etc.

Satu benda yang tak best kat Phuket adalah SEMUA MAHAL. Catit nih kalau korang plan nak pergi. Sebab nya kat situ kan kawasan pelancong, jadi memang barang tuh takde yang kurang daripada RM1o lah. Melainkan kau pergi ke Bangkok sebab dalam RM50 tuh kau boleh dapat dekat 10 barang tapi bukan di Phuket. Even beg bodoh je yang jual kat uptown dalam harga RM25, kat Phuket dia caj sampai RM195 !! Dan paling murah dia boleh jual kiteorang dapat sampai RM100 je. Dieorang tak kisah pun kalau kau taknak beli sebab banyak gila mat salleh tuh semua beli beg-beg tuh. Tsssk.

*terus book tiket ke Bangkok. HAHA*

Jarak daripada hotel kiteorang untuk ke tempat lain agak jauh juga lah. Jadinya , kiteorang terpaksa sewa motor. Tapi, harus diingatkan kepada korang kalau nak sewa motor untuk sehari harganya adalah dalam RM30 bersamaan 300 baht. DAN KORANG KENA TINGGALKAN PASSPORT KAT OWNER MOTOR.

Benda tuh agak scary sebab korang kena tinggalkan passport kat orang lain, tapi sebabkan last day tuh kiteorang dah tak larat nak jalan, kiteorang terpaksa juga.

Some more, motor adalah kenderaan yang paling murah untuk korang sewa. Kalau kereta yang paling murah pon dalam RM250 dan kalau nak naik tuk-tuk serius macam mengarut harga dia which is RM20 seorang ! Sooo, baik sewa motor RM30 untuk sehari kan? Jimat sikit. Kiteorang berani letak pon sebab kiteorang tengok ada mat salleh tuh datang and terus bagi je passport dieorang. So, kiteorang pon kamikaze je. Alhamdulillah, passport kiteorang selamat. Hehe.

Kalau makan, susah sikit nak cari makanan halal kat area Patong tuh. Bila malam, ada satu restoran orang Malaysia-Kelantan nama Restoran Kesuma. Dekat-dekat dengan shopping complex Phuket, Jungceylon. Aku macam nak remind awal-awal yang harga kat Restoran Kesuma nih agak pricey sedikit lah. Tapi bagi aku worth it lah dekat segala seafood yang kiteorang makan tuh. Malam tuh kiteorang ambil ikan siakap, tomyam, kailan ikan masin, telur dadar dan LOBSTER (first time makan !) ; jumlah semuanya adalah dalam RM200.

Eh, panjang pulak entry nih. Sila lah tengok gambar nih. HEHE.


Masa nih lobster tak sampai lagi. Ikan tuh pon dah cukup besau kan? :P



TARAAAA !


Phi Phi Island nih pantai dia macam ada beting pasir kat tengah laut. So yang dieorang bertempek tuh semua dah tengah laut dah pun. Dalam 100m daripada pantai. Cantik kan? :')



Serabut gila kabel dia kau tahu?? -___-"


Phew, banyak lagi gambar. Tapi mata aku dah tak tahan gila nih. Nanti aku sambung lagi.

In conclusion, Phuket lawa bila kau pergi buat island hopping. Kalau kau just nak berehat TANPA shopping, Phuket lah tempatnya. Jangan lupa bawak Maggi kot-kot lapau tengah malam. HEHE.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Exotic. Eheh.

You Might Also Like

1 COMMENTS