Lagi beberapa hari

Pejam celik, pejam celik, makin cepat masa nak berkahwin.

Sejujurnya aku cakap, aku belum bersedia.
Mungkin aku belum bersedia dari segi semua benda.

Kalau orang tanya aku, kenapa aku pilih dia.
Aku sendiri akan cakapkan yang aku tak tahu kenapa aku pilih dia.
Mungkin sebab itu sudah termaktub dalam takdir aku.
Kun fayakun, kan?

Tapi satu benda yang aku pasti pasal dia adalah,
aku yakin yang dia adalah orang yang boleh jaga aku sebaiknya.
orang yang boleh mengangkat Mak dan Ayah aku bila usia tua mereka.
orang yang boleh sayang aku semahu-mahunya.

Aku tahu satu pasal dia.
Walau banyak mana pun aku marah dengan dia, jarak masa marah itu tak sampai lama mana pun.
Sayang orang cakap.
Sayang untuk bergaduh dengan dia..

Aku tahu dia boleh Imam kan aku dan anak-anak *inshaAllah*.
Aku tahu dia boleh menjaga kami sebagaimana Ayah menjaga kami sekeluarga.
Dia boleh mendahulukan kami *inshaAllah* dalam apa keadaan yang dihadapinya.

Aku tahu dia lah orang yang memandang masa depan kami sebaiknya.
Aku tahu dia adalah orang yang mahu untuk sentiasa maju kan hidup kami bersama.
Aku juga tahu yang dia adalah orang yang boleh memegang tangan aku ketika aku hampir rebah melawan dugaan dunia.
Aku juga tahu yang dia adalah orang yang boleh mencipta berjaya dan aku mahu ada disampingnya.

Aku tahu aku boleh bahagia dengan dia.
Aku rasa aku tahu yang hidup aku penuh dengan kejutan dengan dia.
Aku tahu yang dia adalah orang yang boleh membimbing aku ke arah sebetulnya.
Aku tahu aku boleh bersama tua dengannya ; ke masjid bertongkat segala.


Aku juga mahu bila kami sudah tua, akan ada teman disisi ku untuk menyatakan bahawa tidak mengapa sekiranya datang ajal untuk sesiapa dahulu, kerana akan ada teman yang menunggu aku di pintu syurga ; iaitu dia. *inshaAllah*


Dan sebab itu lah bila kau tanyakan aku, apa yang aku suka kan padanya akan aku cakap tak tahu.

Sebab aku tak tahu yang mana satu alasan yang sebenar-benarnya yang buat aku pilihnya.
Terlalu banyak. :')

You Might Also Like

2 COMMENTS