Ikhlas

Kalau orang tanya aku pasal kerja, memang aku akan tarik nafas panjang. Bukan, itu bukan nafas panjang sebab aku lega, itu adalah nafas panjang sebab aku kecewa.

Mak selalu pesan untuk cuba jadi ikhlas bila bekerja sebab rezeki yang ikhlas, InshaAllah Allah berkati. Sejujurnya, aku susah nak jadi ikhlas. Aku susah nak jadi ikhlas dengan orang yang tak kira masa hipokrit, orang yang tak kira masa tak menghormati orang lain.

Ye, aku susah nak ikhlas bekerja dengan orang-orang sedemikian.
Hipokrit paling aku tak berkenan.

Sejak akhir-akhir nih aku jadi lagi cepat baran (note : I'm a short-tempered person). Kadang-kadang aku persoalkan kenapa aku buat ini, kenapa aku bekerja kat sini, kenapa aku ada benda nih ; tapi aku lupa yang semua benda tuh Allah yang bagi kat aku.

Pokoknya, semua orang menghadapi masalah kritikal macam aku sekarang. Dalam erti kata lain, aku tengah mencari jalan dan masa untuk stabilkan hidup aku yang pretty hectic nowadays.

Keluarga.
Kerja.
Belajar.
Masa senggang dengan rakan-rakan.
Masa rehat untuk diri sendiri.

Boleh dikatakan yang keadaan aku sekarang dah bermula dari seawal jam 6.30 pagi. Lepas bersiap segala, dalam 7.15 pagi aku gerak menuju ke ofis. Mood aku memang pastikan kena jadi okay sentiasa sebab nya aku ada potensi untuk meroyan sepanjang hari kalau ada orang buat aku marah.

Malangnya, kat tempat aku bekerja, ada manusia biadap yang tak tahu bagaimana rezeki datang dalam keadaan bertenang pada setiap pagi. Dasar K.

Lepas uruskan segala hal (ofis dan site), sebelah petang aku gerak menuju ke Shah Alam untuk kelas part-time pula. Di saat macam nih la mula datang anasir jahat yang selalu bermain kat kepala aku, "Kenapa lah aku sambung belajar......".

Serius. Kalau bukan Mak Ayah, keluarga dan juga Tunang tersayang yang bagi semangat aku nak ke kelas, aku memang aku kaku lesu sahaja setiap hari. Itu belum lagi sesetengah orang yang gaya nya macam kedekut ilmu segala sampaikan taknak bagi pinjam nota *urgh*.

Sampai rumah aku dah dalam pukul 10 malam. Nasib lah rumah aku kelengkapan tak seberapa lagi. Hujung minggu boleh lah mengemas apa yang patut. Cuba bayangkan kalau dah kahwin? Ya Allah, permudahkan lah segala urusan ku.

Malam nih aku baru boleh untuk menulis blog. Makin tertinggal lama dah blog nih. Kesian. :)

Tapi aku nak mengadu juga kat sini. Makin lama, makin tawar hati aku kerja kat sini. Makin sakit jiwa aku. Rasa nak berhenti je tinggalkan kerja segala, tapi aku fikirkan komitmen yang mendatang.

Siapa tahu ada kerja kosong untuk Civil Engineer? :')

You Might Also Like

1 COMMENTS