Bridezilla : Old topic

Bila tengok kalendar, serius aku jadi cuak. Peluh jantan merembes-rembes.

Firstly ; of course. I nak kahwin dek non oiiii.
Secondly ; projek yang aku handle sekarang dah nak habis.

Phew.
Satu item buatkan aku sangaaaaaat relief sebab don't have to handle with the authorities anymore. Yang satu lagi tuh buatkan aku sangat cuak sebab I'M GETTING MARRIED !

Ye, aku adalah pengantin yang sangat buat kerja last minute.

Kau bayangkan lah tak sampai 50 hari je lagi, AKU TAK BUAT BAJU NIKAH LAGI ! THAT'S IT. Aku meluahkan perasaan sekarang (HAHA!). Aku dah jadi gelabah ayam sebab takut tak sempat nak buat baju tuh je. T__T

And then, yang aku tak buat lagi/proses lagi adalah BORANG KAHWIN. Ya Allah, migraine bila fikir-fikir balik. Hari tuh masa pergi kursus kahwin tuh, Ustaz tuh cakap kena settle kan borang tuh sebulan sebelum tarikh nikah. Sempat tuh memang lah sempat. Nak mengagau menempah Tok Kadi segala tuh yang belum tentu.

Hari Rabu nih ada HIV test pula. Aku dah cakap dah dengan Tunang jangan pergi mana-mana sebab settlekan HIV test tuh baru lah boleh nak ambil borang segala tuh. Sekali semalam Tunang cakap dah kena pergi outstation ke Johor lak. Adeh, serius nervous tau.

Pasal rumah kiteorang, Alhamdulillah dah selesai. Terima kasih banyak-banyak lah kat Mak dengan Ayah yang sanggup tuh orang untuk repair paip lah, pasangkan langsir lah and semua benda yang lain tuh. Terharu sangat. :')

Barang hantaran ada yang tak settle lagi. Tapi kiteorang tengah try nak squeeze in time supaya boleh completekan barang hantaran and then boleh lah hantar kat orang yang nak gubah tuh. :)

Just sekarang kiteorang tengah fikir nak honeymoon ke taknak. Bila dah calculate balik, budget sangat tight. And maybe, niat nak honeymoon tuh kena dilupakan selama-lamanya.

#patmyshoulder.

You Might Also Like

2 COMMENTS