Ya Allah

Ya Allah,
sekirangya aku adalah hamba-Mu yang lalai dengan segala larangan-Mu,
aku memohon agar Kau terima taubat ku Ya Allah.
Sesungguhnya aku adalah hamba-Mu yang lemah dan penuh dengan kekhilafan.

Ya Rahman, Ya Rahim,
sekiranya aku adalah hamba-Mu yang penuh kekurangan dalam amalan ku,
yang mengambil mudah dengan solat ku,
yang penuh dengan dosa kecil mahupun dosa besarm
aku mohon kepada-Mu Ya Allah,
peliharalah diriku daripada syaitan yang di rejam,
dan azab api neraka ;
yang mampu meluruhkan tulang belulang ku,
yang mampu menghancurkan aku seperti debu di udara,
sesungguhnya aku takut Ya Allah.

Ya Allah,
aku bersyukur ke atas semua nikmat yang Engkau kurniakan untuk ku Ya Allah,
aku bersyukur di atas kurniaan Mak dan Ayah yang sentiasa di kiri dan kanan ku,
Kau kurniakan kepada ku keluarga yang sentiasa di belakang ku,
kekasih yang sentiasa berada di samping ku,
kawan-kawan yang sentiasa ada di kala susah mahupun senang,

Sesungguhnya,
aku bersyukur Ya Allah.
Terlalu besar kurniaan-Mu berbanding dengan apa yang telah aku lakukan,
sungguh kecil aku di sisi-Mu Ya Allah,
sungguh besar nikmat-Mu kepada hamba-Mu yang tak lari daripada kesilapan ini ya Allah,
terima kasih Ya Allah.

Sungguh.
Terima kasih.

:')

You Might Also Like

0 COMMENTS