Random talks

Sejak akhir-akhir nih banyak sangat benda nak dikejarkan. Manakan nak kemas rumah baru, manakan nak pergi uruskan hal kerja yang tunggang langgang di site. Serius, banyak sangat benda yang tertinggal (termasuk Yusry-Lisa kahwin pon aku tak tahu. Hewhew).

Perihal rumah satu hal.
Mana nak kemas rumah, mana nak basuh rumah, angkat barang-barang segala. Penat sebenarnya buat semua benda tuh ; tapi tengokkan Tunang lagiiii penat, takpe la. Susah sama-sama dulu kan?

Perihal kursus kahwin pula.
Dalam minggu tuh aku busy sangat pasal rumah. Sudahnya hari Sabtu tuh ada kerja lain jugak. Petang dalam pukul 2.3o petang ada kursus kahwin. Aku punya menguap, Tuhan aje lah yang tahu. Memang aku dah tak tertahan lagi. Tapiiii banyak juga ilmu baru dapat daripada kursus kahwin. Serius masa dulu ingat kahwin tuh senang, susah je daripada kursus kahwin aku tanya Tunang, "Boleh ke kita buat nih b?". Seram.

Perihal kerja.
Isk malas lah nak cakap. Stress jadinya.

Serius, aku banyakkkk sangat kerja nak kena buat sekarang. Mesej orang hantar pon tak ter-reply. Sibuk bebenau. Pasal kahwin pon aku tolak ke tepi jugak. Baju nikah pon tak hantar tailor lagi. T___T

Ohh by the way,
I'm officially enrolled to MSc in Civil Engineering (Structures).
Please doakan aku lepas eh? :D

You Might Also Like

2 COMMENTS