Bandung trip and my preparation

Phew. Lama sungguh tak update. I was sooo busy with a lot of things and Alhamdulillah everything is back to normal and I have to catch up what I have left behind.

Anyway,
on the 5th until 8th of February, I was on a short holiday with my dear girls. Misi utama kami adalah untuk mencari barang-barang perkahwinan (read : kain-kain mengerlipp). I was searching for my family's cloths bila mana rakan-rakan yang lain mencari baju untuk dijadikan outfit bridesmaid.

This is actually the third times for me in Bandung. Dah tak perlu lawatan ke Tangkuban Perahu semua tuh sebab nya banyak lagi masa nak dihabiskan untuk shopping. Hehe. So on the first day, kiteorang terus heading to Pasar Baru.

Pasar Baru nih lebih kurang macam Pasar Payang kat Terengganu juga. Ada 7 tingkat semuanya dan semua benda dari atas ke bawah berkaitan dengan baju dan kain. Sampai ke kelengkapan telengkung semua. Sempat juga la grab telekung untuk hantaran. :) So to those yang never been to Bandung, just imagine je lah berapa lama yang kiteorang kena spend kat dalam tuh untuk find the good one kan? :)

Masa mula-mula tuh semangat lagi nak tawar menawar, tapi dah dua jam selepas tuh kiteorang dah jadi letih. Malam tuh sampai hotel dah jadi exhausted dah. Masing-masing nak mikirkan berapa banyak damage ke atas duit yang telah dilakukan. Ye, sangat banyak hingga masuk KL kiteorang kena tax. T__T Malas nak fikir banyak, jadinya semua orang terus tidur untuk simpan tenaga nak shopping kat Factory Outlet. :)

Day 1




Day 2






Day 3






Day 4







We had a lot of fun. We have tried varieties of Indonesian cuisine. Sangat sedap okay. Dan tak lupa juga, kami semua dah bankrup lepas balik daripada sana sebab shopping macam tak ingat dunia. Hewhew.

*sengih*

Enjoy the pictures!

Off to my wedding preparation.

Pejam celik dah dekat sangat tarikh nak kahwin. Banyak sangat benda belum selesai tapi aku mengamalkan sikap bersabar dan jangan gelabah ayam sangat.

Sepatut nya hujung minggu lepas dah pergi kursus kahwin dah tapi banyak benda yang kena buat, so that kiteorang hold dulu. Settlekan pasal perihal rumah dulu, kad kahwin semua (kad dah buat, tapi borang tak isi lagi. T___T) baru boleh gerak untuk ke kursus kahwin. Minta sangat Tok Kadi tak busy masa tarikh aku kahwin nanti. HEHE.

Aku buat kad kahwin kat Jalan Brunei. Nama kedai 'Lambang Kasih'. I am totally forgot nak ambil website dieorang sebab sibuk berborak dengan isteri tuan kedai yang kebetulan best friend Kak Long. Hehe. Sejak Kak Long kahwin buat kad kat situ, so Mak ada suka dengan servis yang diberi dan sambung kontrak dengan wedding aku pula. :P

Bila kad dah siap, aku letak lah kat sini. Sekarang nih contoh kad pon tak ambil masa hari tuh. Hehe.

Kursus kahwin plan hari tuh nak buat kat wanipesona nih. Tempat kat Setia Wangsa. Harga seperti biasa RM 80. Tapi sebab kan dah busy dengan perihal rumah dan pindah ofis dalam hari Sabtu hari tuh, kena postpone lah sampai minggu nih. Minta-minta lah minggu nih went smoothly sebab aku dah tak larat sangat nak postpone lagi. Tskk.

So, sekarang nak tidur dulu sebab a lot of things yang jadi arini dan otak aku pon kena jugak berehat. Rasa serabut sangat malam nih. Badan penat, otak letih.

And yes, sorry for the long hiatus.

:)

You Might Also Like

0 COMMENTS