Awal

Aku sebenarnya tak sepatutnya awal arinih. Dah semua workers dah jalan pergi site, so yang aku nak tercongok depan pintu stor tuh buat apa lak kan? Sudahnya balik ofis mengadap PC nih.

Masuk-masuk ofis tadi perut dah tak sedap dah. Bagi dia kumpul dulu, lepas tuh jalan sekaligus kejap lagi. HEWHEW.

Ohh topik hari nih adalah rumah. Kenapa rumah? Sebab aku rasa banyak sangat orang yang selalu mengadu pasal rumah sejak kebelakangan.

One of my colleague has been married few weeks ago. Yayy for her ! :) But unfortunately she's been whining about being a nomad for a couple of days. Her husband is already bought a house in JB but unfortunately she has to stay in KL because she's still attach to our company. Tak letak resign letter lagi. And yes, they still have a problem where to settle down. So for the time being, they stayed at both sisters' house.

The point is I know the feeling how to stay and live in your own house isntead of others. Memang berbeza bila kau ada kat rumah kau sendiri dan duduk di rumah orang lain. You see, everything yang kau nak buat kau akan rasa terbatas. Sebab nya itu bukan rumah kau.

Aku dibesarkan dengan cara Ayah yang, "Jangan selalu pergi rumah orang" atau pun "Kau takde rumah sendiri daripada tidur rumah orang?". And thanks to Ayah sebabkan aku rasa aku tahu kenapa Ayah suruh buat macamtuh.

Bila dah besar aku baru tahu apa itu your OWN SPACE. Alaa bila mana kau balik kerja, kau rasa kau boleh berehat dengan setenang-tenang nya dan kau tak perlu berlakon untuk diri sendiri. Bila hujung minggu kau tak payah fikir apa orang lain nak cakap bila kau bangun lambat ataupun duduk melingkau (okay, keluar ayat Melaka) depan TV, or kau boleh biarkan baju tak lipat melambak depan TV. Even aku balik rumah Mak Ayah aku sendiri, aku selesa jadi diri aku and then, Mak pon marah baju bersepah. Haha.

Memang kiteorang macam tuh.

Nak melawat saudara mara jauh sekali. Sebabnya bukan lah sombong ke apa tapi sebab bak kata Ayah, "Biar lah. Orang lain hujung minggu macam nih nak rehat juga". Jadi nya aku dah memang terbiasa hidup jangan kacau hidup orang lain bila weekend.

Jadi bila colleague aku cerita macamana susahnya duduk rumah orang, aku faham sangat. Aku pon rasa macam better dia settle down je kat JB. At least dah tak payah jadi nomad tidur sana sini bila duduk kat KL nih.

Tapiiii mesti bila duduk kat rumah sendiri pula lain hal ceritanya kan?

*geleng-geleng*

Mak selalu pesan, "Alaa biasa lah. Orang baru nak hidupp". :)

You Might Also Like

1 COMMENTS