Main kahwin-kahwin

I have a wedding to attend (read : I'm the bride!) in another 100 days, and I have done nothing yet.

Yes, nothing.

T___T

Well, there are a lot of things that I need to do since I have no wedding planner (duhhh, macam mampu je nak pakai. Tssk). But, the problem is I am sooooo freaking busy with my job and I cannot afford to do it all.

Bayangkan lah, pagi duduk kat office siapkan pending works yang berlambak gila and petang nya pula kena pergi ke site. Sometimes (read : SELALUNYA), I even slept in the car sebab panas sangat and terasa otak dah jam. Banyak benda kena fikir, uruskan hal yang entah apa-apa kat site, so bila balik rumah memang masa untuk tidur dan berehat sebab dah seharian kat luar kan?



Basically, I was like this. ;)


Kan before this aku plan nak buat door gift sendiri? Sudahnya aku baru siapkan berapa je. Setiap hari aku buat sikit-sikit. Dah pukul 9.30 malam, mata aku dah macam tak boleh nak bukak je buat benda tuh. Sudahnya tidur la jawab nya. HEHE.

Baju kahwin?

Orang lain kalau masa-masa nih dah start hantar pergi tailor dah, tapi aku nih kain pon tak buat lagi. Baju sanding pon tak buat apa-apa lagi tapi dah memang akan bagi butik pengantin tuh je yang uruskan. Hal pelamin pulak, dah confirm kan tapi tak buat payment lagi.

Don't worry dik, nanti akak bayar eh? Busy sangat sampai tak sempat nak balik Melaka.



Cantik juga baju Zaifie Zainal nih kan?


2 minggu akan datang nih aku nak pergi Terengganu. Lepas tuh bercuti dengan my girlfriends. So basically, banyak masa aku dah terbuang kat situ.

Kursus kahwin?

RAMAI orang tanya dah pergi ke belum dan aku dengan selambanya cakap, "Belum lagi kak. Tak sempat". Dengar cerita pasal urusan borang tuh semua je dah ambil masa sebulan. Masa dieorang cakap macam tuh aku dah start termenung dah.

Pasal bilik pengantin kejadah tuh semua dah tak payah dah since aku tak buat kat rumah pon. Tapiii hias je la sikit-sikit sebab Mak aku yang nak buat semua tuh. So aku macam dengan pasrah nya cakap okay je kat Mak.

Yang dah settlekan sekarang barang hantaran je. Fuhhh, Alhamdulillah la dapat bonus sekali dengan dieorang. At least boleh juga aku settlekan pasal hantaran hari tuh. Just sekarang tinggal nak beli handbag je la. Yang lain semua dah settle. Tapiiiiii, orang yang buat hantaran tak cari lagi. HAHA.

Photographer pula aku ambil kawan aku sama-sama Matrik dulu. Baru confirm kan verbally, yang payment selanjutnya tak buat lagi. Banyak sangat benda pending aku buat nih. Haha.

Apa lagi eh pasal wedding yang kena ambil tau? Kalau ada benda aku tertinggal, kindly please remind me ! :)

Tapiiiiiii,
one thing yang aku betul betul betul betul dah CONFIRM ; PENGANTIN LELAKI je. HEWHEW. *blush*

You Might Also Like

6 COMMENTS