Dugaan betul nak kurus

Hi semua. *sambil lambai-lambai tangan macam princess*

HEHE.

Dah lama sangat tak tulis apa-apa kat blog nih. Sampaikan aku rasa makin lama makin membosankan blog aku nih. Tapiii percaya lah, ini bukan perbuatan sengaja. Maybe bila dalam fikiran aku stuck nak fikir idea nak menulis aku dah tak boleh nak teruskan dengan entri merepek.

Hari nih aku MC. First time sepanjang kerja nih aku ambil MC. Aku baru berfikir nak skip part MC tuh bila aku zaman bekerja sebab aku macam malas nak get involve dengan aktiviti suka MC. Orang cakap MC nih berhantu. Sama macam kad kredit. Sekali dah guna, mesti nak buat lagi. Haha.

Aku dah perasan sangat badan aku macam di pam-pam. Bukan seorang, dah ramai sangat dah tegur kenapa badan aku makin naik. Nak kata badan naik sebab bahagia, tak juga. Bukannya Tunang 24jam depan mata aku atau setiap kali aku nak makan. Jadi jawapan yang pasti nya adalah aku memang suka makan. That's it. Tak payah nak salahkan orang lah, Tunang lah, sebab bahagia lah. Hehe.

Jadinya aku try nak buat diet ikut budak nih punya style. Caranya low carb diet. Cewahhh, semangat kau buat diet elak nasi or carbs semua bagai. Tapiiii berjaya dalam seminggu je sebab lepas tuh aku macam dah nak period, so sifat makan banyak mula kembali *alasan*.

Last sekali lepas aku tilik segala kemungkinan aku rasa aku tak boleh nak tinggalkan makanan ruji aku iaitu nasi. Jadi nya hari aku semangat untuk jogging.

Bangun pukul 6.45 pagi, terus aku siap-siap nak pergi jogging. Dah dapat dah satu round keliling satu taman, aku tengok jam masa tuh dah pukul 7.15 pagi dah. Tapi masa aku dalam perjalanan nak balik ke rumah tuh aku dah rasa kepala aku dah keneneng semacam je. Dah rasa pelik dah tuh, tapii teruskan masuk rumah semua.

Masuk je bilik satu badan aku dah start rasa menggigil dahsyat gila. Tengkuk aku dah macam stress semacam dah. Terus masuk bilik air dan muntah dengan banyaknya. Aku dah rasa macam aku dah tak berapa lama lagi je kat dunia nih. Serius masa tuh aku dah tak nampak apa dah. Black out habis.

Masa tuh jugak aku rasa perut aku (read : bahagian rahim) sejuk gila kau. Sumpah. Memang tahap sejuk yang rasa macam beku dah dalam rahim kau tuh. Nak baring tak boleh, nak duduk pon tak boleh. Berdiri apetah lagi. Aku keluar je daripada toilet aku macam tak sedar apa terus terjatuh kat atas lantai. Nak capai handset atas tilam pon aku tak boleh dah sampai aku kena meniarap slow-slow ke tilam nak ambil handset dan sempat bagitau Tunang.

Entah macamana tah aku rasa aku dah tertidur kejap or maybe aku dah passed out. Dalam pukul 8 lebih Tunang cakap dah nak sampai rumah aku. Masa tuh aku baru perasan yang aku tertidur atas lantai tuh. Elok pergi je jumpa doktor terus doktor bagi MC untuk rest satu hari kat rumah *hooray!*. Doktor cakap aku punya penyakit 'Acute Gastroenteritis'.

Serius takut weh. Macam dah tak lama je hidup aku masa tuh.

That is why aku cakap banyak betul dugaan nak kurus. Ayah pesan kalau nak buat sesuatu kena istiqamah. Tuh yang aku konon-konon nak istiqamah jogging tuh. Alih-alih jadi macam nih pulak. Hahaha.

Last solution, aku nak ikut Chichi dengan Bella (housemate baruuu!) pergi gym class kat Bangi nih. Serius, aku kena pergi gym tuh jugak. Kalau takkkkkk memang macam nangka salut baju cantik je la masa kahwin nanti.

HEHE. ;)

You Might Also Like

2 COMMENTS