Kahwin Awal

Aku berumur 24 tahun dan aku sudah pon bertunang.

*sebut dengan penuh bangga. HEHE*

Sebenarnya apa yang nak diceritakan kat sini bukan lah apa sangat pon. Terpanggil untuk berkongsi cerita buruk baik kahwin awal je selepas terbaca kata-kata seseorang di majalah hiburan lewat pagi ini tadi,

"Saya baru 27 ! Get a life dulu lah"

Note : Aku tak beli pon majalah tuh tau ! *beriya nak explain. :P*


Seumur hidup aku, tak pernah terlintas sekali pon yang aku akan berkahwin awal. Serius. Sebabnya, sedari zaman sekolah dan hingusan dulu, aku bukan lah seseorang yang mempunyai reputasi yang hebat atau cool pon seperti kawan-kawan baik aku yang lain. Aku lebih kepada...........si budak hitam. Oh bersama gigi besi. (Sumpah macam Betty !)

*Cikgu Sejarah aku pernah memanggil aku Dayang Senandung tau. T____T*

Dalam fikiran aku, tak pernah sekali pon aku menyesal untuk berkahwin awal. Yelah, as they said, dalam lingkungan zaman sekarang, paling kurang pon umur perempuan untuk berkahwin mesti lah 27 tahun. Aku pon tak pasti undang-undang negeri mana, tapi begitulah yang mereka kata. MESTI sekurang-kurangnya 27 tahun. Duhhh.

Tapiiiii,
itu lah dia. Siapa lah kita, sebagai manusia ini nak menolak jodoh yang Tuhan dah bagi kan? Bila sekarang ini tengok ada je rakan MOZAC yang dah berkahwin aku rasa kalau dieorang boleh buat kenapa bukan aku kan?

Macam aku pernah cakap dalam entri sebelum ini, aku suka apa yang Kak Una pernah pesan kat aku yang kahwin awal ini boleh mengelakkan diri daripada membuat dosa. Kalau difikirkan masa depan, aku percaya yang insyaAllah perkahwinan ini boleh menjadikan aku seseorang yang lebih baik.

Bab duit untuk kahwin pula.

Betul orang cakap,

"Macamana nak kahwin? Duit pon belum cukup lagi. Dah kahwin nanti nak makan pasir ke?"


Tapiiiii,
perkahwinan itu bukan ke sesuatu yang dituntut dalam Islam ? Jadi, soal rezeki itu memang diakui sukar pada mulanya, tapi insyaAllah dalam hendak menuju je alam perkahwinan itu Allah akan permudahkan kerja kita.

Masa itu lah kau akan dapat offer kerja lain, sudah hujung tahun kau akan dapat bonus, dapat pula naik gaji (I wish!) dan sebagainya. Elok pula nanti, Bos kau offer hadiah nak pergi honeymoon mana (save duit kat situ kan?), Kakak dan Abang kau offer pula nak sponsor sedikit lebih kurang ; benda-benda ini semua orang cakap rezeki tau !

Serius.
Once you're step in the league, you'll feel and see how miracle Allah S.W.T has arranged everything for you.

Dugaan nak berkahwin pula.
Memanggggg... Banyakkkkk... Dugaannnnn... Diaaaaaaa......

Masa tuh kau ada banyak masalah. Datang pula masalah dengan kerja, nak persiapan dengan hal perkahwinan, gaduh dengan si kekasih/Tunang, duit tak cukup sana sini, elok pula tuh Allah duga dengan kereta kau nak rosak segala, laptop kau kena curi, handbag kau kena samun (dah banyak sangat contoh negatif nih. T__T) dan tak pun kau kecil hati/bergaduh dengan sesetengah pihak. Dia punya stress tuh Allah je lah yang tahu. Sampaikan satu malam you will find yourself crying and minta jauh dari segala dugaan ini.

Dan,
sesetengah tuh terduduk bila dah tension dengan semua. I've seen this before. Dah banyak contoh dah kat sekeliling aku.

Tapi keep on reminding yourself.
Lagi banyak dugaan yang Allah S.W.T turunkan, lagi sayang Allah S.W.T dengan kau. Sebabnya? Masa tuh lah kau dekatkan diri dengan Allah, kau muhasabah balik apa yang kau dah buat dengan orang sekeliling dan hidup kau, masa tuh kau rasa betapa kecil nya masalah kau kalau nak bandingkan dengan orang lain.

Bukan lah niat aku nak cakap kat sini dah susah baru nak cari Allah segala, tapi itulah dia. Aku nak menunjukkan kat korang betapa Allah dekat sebenarnya dengan kita. Kita je yang selaluuuuu je mengelat taknak cari Allah. Sombong.

:)

Jangan takut kalau nak berkahwin awal. I heard some people said that lepas kahwin lagi best daripada zaman bercinta. Kan Kak Una?

*sengih*


p/s : Love does not make the world go round. Love is what makes the ride worthwhile.

You Might Also Like

2 COMMENTS