Bridezilla : Preparation

Dah lama sangat pending cerita pasal kahwin nih. Serius busy gila dengan kerja sampai tak sempat nak fikirkan pasal benda-benda persiapan nih.

Satu benda yang aku dah buat SIKIT adalah door gift.

:P



It took me few days just untuk complete kan 500++ keping. Can you imagine it? Ada nih ha dalam bilik aku nih tersimpan rapi lagi dan tak tahu pon nak buat apa nih. HEHE.

Lagiiiii apa yang tak siap lagi eh? Ohh ye ! Kursus kahwin tak pergi lagi !

Kursus kahwin tuh aku budget bila dah kurang busy sikit dalam Januari nih dah boleh pergi kot. Sebab kan kot kalau ada *ehem* rezeki kerja lain, lagi lah susah nak keluar or cuti semua untuk kursus kahwin tuh.

Lagiiiiii, oh ye ! Barang hantaran !

Alaaa barang hantaran nih benda kecil je. Bila masa free dan of course, BERDUIT, baru boleh beli. Hehe. Sekarang nih barang yang besar-besar like handbag and watch je tak beli lagi. Tunang cakap tak boleh beli sekarang since aku nih cepat sangat berubah fikiran,

"Handbag sayang nanti beli laaaaast sekali. Kalau hari Sabtu nikah, hari Jumaat baru beli"

Punya lah taknak aku ada banyak handbag nanti.......... -___-"

Lagiiiii, oh ye ! Pasal katerer !

Itu Mak dan Ayah yang akan uruskan. Aku rasa mereka lagi tahu yang mana lagi best kot daripada ikut selera tekak aku. HAHA. Kalau ikut kan I, buat western je semua. I nak semua makan chicken chop dengan lamb chop. Boleh?

*Pangg ! Penampar !*

Baju kahwin/MUA/Pelamin semua bulan Januari nih nak jumpa lagi sekali dan settlekan deposit semua. Lepas tuh pergi fitting segala untuk baju sanding. Aku ada fikiran yang sangat positif aku boleh kurus sebelum masa nya. (I wish !)

Ohh ye ! Nak share juga ! Last week aku timbang berat badan dah turun kau !!! Turun 2 kg tau !! Punya lah melebar senyum tuh tak hengat. Alih-alih minggu nih sebab kan stay back kat office Bos belanja Dominos dengan Sate yang sedap gila !! Aku makan memang confirm tambah lagi 4kg !! Double jadinya.

T____________T

Tapi, bila tanya kat Tunang arituh,


"Kalau sayang gemuk macamane b?"

"Alaa, gemuk je la. B bukan nya tengok luaran. Kalau gemuk asalkan happy tak pe lah kan?"


Aku bukan rasa nak melayang. Aku rasa macam ; duhhhhh! Pandaiiii Tunang jaga hati aku yang stress dengan badan makin naik nih. Haha.




Cuba kasi tengok dalam 2 tahun lepas kahwin. Try tengok ? Ada tak ayat tuh keluar lagi.
.
.
.
.
.
.
.
.
JANGAN HARAP KAUU! Hahahahaha.

You Might Also Like

2 COMMENTS