Bila Perempuan Bergaduh

Pagi tadi aku lambat bangun nak pergi kerja. Ha kau, dah la tidur kemain awal. Lepas je solat Isyak dah terus tidur. Konon-konon penat sangat lah tuh.

Ini semua penangan Tentang Dhia.
Yelah kan, cerita tuh dah la pukul 7 malam. Kang balik kerja aku siap mandi, solat Asar semua, lepas tuh dah tercongok depan TV. Elok je habis Dhia, semua menggelupur bangun nak kejar solat Maghrib. Dulu konon-konon lepas layan Soffiya dah taknak tengok, tapiiii haram. Sikit pon tak melekat azam tuh. Hehe.

Ehhh, cop cop.
Aku dah terkeluar daripada cerita asal.

Sepanjang hari nih aku duduk ofis je. Siap kan sana sini paper works yang dah lama pending. Itu pon claim aku tak settle kan lagi. Aku aim esok baru nak siapkan and submit.

Lepas je aku lunch tadi, aku terus pergi ke surau. Kau tahu lah kan, bila dah kenyang, masuk pula surau tuh, otomatik mata kau pon kuyu. Tengah baring nak tidur sekejap tuh, aku teringat tadi kawan aku ada mesej benda penting.

*kalau aku tak reply mesej tuh kau jangan lah pelik ye? kadang-kadang aku baca, tapi dah ngok ngek sana sini aku dah terlupa nak reply. Hiks.*

Okay, cerita dia macam nih.
Kawan aku nih, Senah, duduk di rumah sewa dengan kawan-kawan dia. So, biasa lah kan? Senah nih belajar lagi. Jadinya memang itu lah kawan dia kat rumah, itu lah kawan dia kat kelas.

Senah claimed orang rumah dia macam pulaukan dia. Sebab nya? Dia pon kurang pasti.

Tapiii kalau ikutkan Senah mungkin perihal kelakuan dia yang dah lain sejak kebelakangan ini. Manusia kan mana yang pernah takde masalah. SEMUA orang ada masalah. Jadinya sebabkan banyak sangat benda yang Senah nih fikirkan, jadi nya die pon lebih kepada diri sendiri (alone). Jadinya kemungkinan housemates dia memang ada yang tak berkenan, terus lah cucuk orang lain yang tak berkenaan untuk cakap dia dah dingin or what not tuh.

I guess ini apa yang aku ingat sedikit lah.

Aku pula ada kenal seorang housemate si Senah nih. Jadinya aku tanyakan kepada housemate nya betul ke ada masalah macam nih sekarang kat rumah dieorang? Then she said YES.

Cerita si housemate macam nih.

Senah nih berkira. Bila aku tanya macamana yang dia berkira, then housemate nih cakap,

"Contohnya macam nih. Si Senah cakap, 'Weh nak maggi satu. Nanti aku ganti eh?'. Orang kat rumah tuh yang lain-lain semua terasa la sebab selama nih tak pernah pon dieorang cakap nak ganti semua. Tahu la selama nih ada ambil maggi dia semua."

I was like, "Huh?? Pasal tuh je ke?". Then dia buka cerita pasal benda lain yang aku rasa masalah dieorang nih satu je, SENTAP dan SUKA BAWA MULUT. Be it Senah yang cepat sensitif, atau pon housemates dia, ataupun houesmates yang mulut macam apa suka bawa cerita.

Aku duduk dengan kawan-kawan kat rumah sewa sepanjang aku berada di Shah Alam. 1 semester duduk dengan kawan-kawan kat hostel, 1 semester duduk di rumah sewa dengan rakan-rakan 1 fakulti dan selebihnya duduk dengan rakan baik aku sejak MOZAC lagi. Alhamdulillah tak pernah lagi ada masalah macam nih.

*senyum*

Aku tipu kalau aku tak pernah ada masalah dengan kawan-kawan aku. Aku tipu kalau aku tak pernah sentap to each other. Normal kot. Semua orang pernah.

I still remember masa aku duduk dengan Cuda kat Shah Alam. 1 malam tuh aku tengah syok layan Facebook tiba-tiba Cuda datang bilik aku. Dia duduk atas katil aku and then start borak-borak semua. Tapi tak lama lepas tuh Cuda ada cakap,

"Babe, aku ada kecik hati dengan kau"

Serius masa tuh aku ternganga sebab masa tuh seingat aku takde benda yang aku buat kat dia, TAPI SEINGAT AKU. Aku nak emphasized kan yang hati perasaan orang aku tak tahu. Then, aku tanya dia kenapa and she told me everything.

And thennn, baru aku faham apa yang boleh buat dia kecik hati. And satu ayat Cuda yang aku ingat sebab dia ada cakap,


"Aku tak suka nak kecik hati dengan kau sebab kita kawan dah lama. Nanti kalau simpan benda tuh jadi tak best. So, aku kena open cakap dengan kau sebab aku sayang kau". (And of course sesi nangis sama-sama ada kan? HEHE)


Since that, aku dengan Cuda memang transparent. Ada satu time, aku kecik hati dengan dia, aku nangis-nangis kat luar dan bila balik rumah aku cakap dengan dia yang aku kecik hati dengan dia. I explained everything and she made everything clear and tak sampai setengah jam benda dah settle. Serius.

TAPI,
perempuan ni masalah dia sama je. Certain people tak boleh terima face-to-face talk. Yeah sure dia akan cakap those aku-maafkan-kau punya ayat. Tapi aku berani potong kuku lah, sesetengah tuh mesti akan cerita balik kat belakang.

Aku bukanlah nak riak kat sini aku dan kawan-kawan aku okay. Of course sometimes kiteorang heading to bumpy roads jugak, gaduh sana sini, kecik hati sana sini, tapiiii kena ada explaination between each other lah. Kalau tak, kau tak tahu apa dia rasa, dia pon tak tahu apa kau rasa. Kalau susah sangat nak cakap face-to-face, simple je. Kau guna je middle person but do make sure middle person yang betul-betul tak twist kan ayat lah. Kalau tak, benda akan jadi lagi teruk. Kalau untuk kiteorang, middle person paling best adalah Kak Lea ! *tepuk-tepuk bahu Kak Lea*

BUT PLEASEEEEE,
JANGAN GUNA FACEBOOK/TWITTER UNTUK LEPASKAN KEMARAHAN KAU KAT KAWAN-KAWAN KAU. IT SHOWS YOUR LOW MATURITY AND OF COURSE YOUR STUPIDITY PEOPLE !

Tak faham aku yang nak cakap pasal semua or kutuk kawan dia or housemates dia dalam Facebook or Twitter or whichever social networks. Serius. Grow up sikit lah. Dah besar kot. Takkan nak gaduh through social networks kot ! Belajar tinggi-tinggi sampai ada ijazah semua, tapi akal masih cetek. Aku paling menyampah orang macam nih.

Malu kan bila kau gaduh-gaduh dengan kawan kau, lepas tuh kau kutuk atau maki dia dalam segala komen kau, tapiiiii lepas tuh kau baik dengan dia macam biasa. 'I love you babe' lah, 'Rindu kamu' lah ; serius malu kot !

Booooo !

So, girls please lah ambil iktibar atau pengajaran daripada boys tuh semua. Kalau dieorang gado, tumbuk-tumbuk and cakap-cakap semua, and the next day everything dah settle. Takde nak cakap-cakap belakang semua. Bila orang tanya, dieorang akan cakap,

"Dah laa. Aku taknak cerita dah la."

Settle. Budak yang tanya tuh pon diam je. Kan?

You Might Also Like

3 COMMENTS