#Toddler post : How I Met Him

Sebenarnya dah lama nak tulis entry nih. Tapi selalu je rasa tunggu masa yang sesuai untuk cerita kan semua nya.

:)

I've mentioned dalam post yang lepas pasal macamana aku jumpa Tunang kan? But, honestly, itu bukan berjumpa pon sebenarnya. Lebih kepada pi mai pi mai, tang tuuuu juga.

*senyum*

Aku dan Tunang kenal, belajar, di tempat yang sama sejak daripada zaman diploma. Honestly, kadang-kadang aku tak tahu pon kewujudan dia melainkan Anis pernah cerita yang ada student yang dah tua dalam batch kiteorang masa tuh ; which is him lah kan. HEHE.

Looking back those years, jarang sangat aku ada conversation dengan dia. It started with CEFAD ; when we were in 3rd semester and we have to organize faculty's family day.



Nampak tak Tunang yang jauuuuuh kat belakang tuh. Hehe.



Masa tuh bila dibahagikan kerja, aku dengan Tunang kena jadi Biro Multimedia kalau tak silap aku. Dia yang dah tentu pandai bab komputer nih memang lah wajar kan jadi Biro Multimedia or whatever tuh. Aku nih?? Dalam masa tuh, nak guna kan RealPlayer pon tak tahu tau ! *loser*

Tapiiiiiiiiii,
sejak daripada hari tuh aku pon tak paham dari mana ribut yang boleh datang sampai kan 1 BATCH bahan kiteorang. Seriously ! Yang aku ingat masa tuh, bila ada je aku dan Tunang ada di tempat kejadian, kiteorang MESTI KENA BAHAN!!

Benda tuh continued sampai lah last semester tau ? Tapi sebab kan aku mengambil langkah MALAS NAK LAYAN DIEORANG, aku rasa benda tuh makin lama makin dah slow dah orang bahan.

Seriously at that moment, aku menyampah gila dengan Tunang. Dia punya tak suka orang bahan dia tuh, siap buat muka semua lagi. Sekaranggggggggg , kasi tengok sikit buat muka ke tak. HAHA.

Aku siap pernah cakap dengan Anis dan Waniey, "Ahhh, tak mungkin lah ngan Brader tuh. Taknak lah aku". Amek kau ! Tuhan yang mengatur kan semua kan? Orang yang kau dulu konon-konon taknak lah sekarang nih dah nak jadi bakal suami dah. :')

Ingat lagi masa 6th semester, dalam kelas Puan Salmaliza untuk kelas Construction Management. Masa tuh aku kena jadi Pengarah untuk site visit ke JB. Dalam kelas tuh Puan Salma suruh bangun untuk bagi briefing to the whole class pasal site visit kiteorang tuh. Elok je aku bangun, dieorang dah ehem, ehem kat belakang sebab Tunang ada masa tuh. Muka straight away jadi merah padam sampai Puan Salma tegur !! I was tooo embarrassed back then sampai kena pause for a couple of minutes before nak start dengan briefing to the whole class.

*sengih-sengih*

Sebab tuh bila nak ingat balik kelakar pon ada. Korang pernah dengar orang cakap kata-kata tuh sebagai doa? This is it !! Seriously !!

Masuk je zaman degree kat Shah Alam kiteorang satu kelas. Yelah, aku ambil major Structure dan Tunang pon major yang sama. Lagipon, memandangkan ramai budak-budak daripada Jengka dalam kelas yang sama, so semua orang memang dah decide nak stick together pon.



Told you that we are the Structural person. :P


Agaknya lepas masuk Shah Alam, semua orang dah jadi matang kot. Semua orang dah jadi senyap dah pasal kiteorang. Masing-masing ; aku dan Tunang ; kalau masa diploma dulu tak pernah bertegur sapa, sekarang masa degree dah boleh dah berborak dalam kelas. Balik kelas bawa diri masing-masing. Memang end up macam tuh je.

Sounds familiar lah kan macam kawan-kawan biasa ? :)



HAHA. Lawak gila pandang muka sendiri dalam gambar nih. Masa nih belum couple lagi ; pergi karaoke ramai-ramai dengan classmates. :)


Anyways,
kiteorang mula rapat sebab trip pergi Singapore dulu kot. Masa tuh memang aku dengan Sal stick together je. Tak pandai nak masuk dengan ramai-ramai orang. Paling-paling pon gerak dengan budak lelaki sekelas. Antaranya masa tuh Tunang lah. Hehe.

Sebabkan Sal memang dah baik dengan Tunang daripada UiTM Jengka lagi, so kebanyakkan perjalanan kiteorang memang dengan dia je la. Ke sana, ke sini semua sama-sama.

Masa kat Singapore tuh dah boleh lah ambil gambar sama-sama, borak sama-sama ; memang macam kawan-kawan dengan budak lelaki sekelas yang lain. And at that moment, aku pon macam terfikir kalau daripada diploma dah baik macam nih kan senang. Takde pon nak malu-malu semua.








And thennnn,
elok pula masa tuh dah final exam 4th semester. Masa tuh Tunang ajak stadi sama-sama. Memang boleh dikatakan hari-hari kiteorang spend masa sama-sama. Tapi bukan berdua je lah. Ramai pon masa tuh. Elok je dalam semester dapat DL kau sebab stadi dengan gigih. HAHA.

Dah tinggal lagi satu semester je nak habis kan? Kiteorang pula masa tuh dah start SMS each other, having a conversation through YM lah, Facebook etc. Boleh dikatakan selalu juga. Sampai lah dalam masa cuti semester tuh Tunang kumpul courage untuk asked me to be his girlfriend.

*blushhhhhhhh. :P :P*

Tapi dalam masa tuh we both decided untuk keep it low. Jangan bagi tau orang masa tuh. Memang the chosen one pon yang tahu pasal kiteorang couple ; Sal, Anis, Din, Lan, and of course my girl friends. Everybody, especially Sal, was sooooo happy for us. Sal dah macam asyik tersengih sengih je bila tahu pasal tuh. Dia yang gedik habis sebab happy untuk kiteorang. HAHA.

Tapiiii itulah,
sibuk sangat fikir pasal orang semua, segan lah, nanti kena bahan lah. But, at the end, aku rasa semua orang dah nampak kot dan aku pon dah penat nak sorok-sorok semua, VOILA, kiteorang reveal kan through Facebook. HAHA.




Nampak tak betapa ramai nya 'LIKE'. :)



Masa nih kat Penang teman Induk. Baru-baru lepas reveal jugak nih. Haha.




First date ! *Visiting Adam. Hehe*


There were always bumpy roads ahead. Mana pernah hidup nih takde masalah semua kan? Pernah je kiteorang dilanda masalah, but Alhamdulillah, I have found suchhhhhh a nice person.

:')

Penyabar ; is a good quality in him. Tak pernah jumpa orang yang sabar macam Tunang ; so does my parents said benda yang sama juga. Bila kali pertama je, parents terus setuju. Mak dengan Ayah langsung tiada masalah. Comes to siblings and family members pon semua takde masalah dengan dia. Dengan bestfriends aku?? Boleh gurau-gurau semua. Alhamdulillah sangat semua nya okay dengan Tunang.

Masa tuh dapat pula nasihat daripada Kak Una,

"Kalau you rasa dia dah okay, oleh bimbing you semua, just kahwin je lah. Bercinta lama-lama pon tak elok juga kan? Tambah dosa lagi ada lah".

And masa tuh pon lepas dah bincang-bincang, Tunang pon ajak bertunang. Katanya lagi senang kalau kahwin awal-awal. Kalau nak cakap kahwin tuh tak berapa ada duit memang lah. But, we believe that kalau kita nak buat perkara yang baik, elak kan maksiat dan jauh kan diri daripada dosa-dosa, insyaAllah semua urusan kita dipermudahkan Allah.

:')


.
.
.
.
.
.

We didn't plan it to happen.
We didn't hope it to happen.
It started from being a friend/classmate/team mate or what not.

It just happened ; of course ; for good reason.

If 358 days ago ; 20th November 2010 ; at 1.48 a.m, I was his girlfriend, but I guess right now it was slightly different.

I am his fiancée and I'm getting married with the man whom I always fall in love over and over again. :)




First and last celebrating our anniversary sebelum kahwin ! :))


Please, play for our happiness. And thanks for your doa, my dear friends ! Haha.


p/s : We're a toddler ! Happy 1st Anniversary in advance love ! ;) Ich liebe dich.

You Might Also Like

6 COMMENTS