#Queen : Cakap

Queen Qasrina makin lama makin besar.
Lepas makin besar makin banyak cakap pula. Yang menariknya, jarang pula dia pelat dalam cakap-cakap semua.

And,
baru found out yang dia tak boleh sebut 'R'. Hahhhh! :))) *like you wanna be Lisa Surihani la kan? Nasib Lisa cantik. :P*

So, bila balik kampung Hari Raya Haji nih, aku rasa budak nih semakin lama semakin bijak. Haha. Kadang-kadang dia punya cakap kita sendiri pon rasa macam "Woww!" sebab you know lah kan? Budak baru je umur 2 tahun lebih. Dia punya cakap dah macam orang besar. :P





Example,

Masa tuh Queen duk panggil aku dari bawah. Aku saje je buat senyap dalam bilik sebab malas nak layan dia yang banyak cakap. HAHA.

"Mummyy ! OOO Mummy!!"

senyap

"Mummy!!!! Mana mummy nih?"

senyap

"Mummmyyy !!! *time nih suara dia dah tinggi* Mana mummy nih? Queen panggil kan.. Kenapa taknak jawab nih Mummy....."

Dang ! Padan muka. Amek kau, kena sound dengan budak umur 2 tahun. HAHA.

Lepas tuh masa tengah lepak-lepak tengok TV malam tadi, semua orang dah tidur. Yang masih berjaga hanya aku dengan dia je la. Dengan Mama dia pon dah tidur dengan Qistina dalam bilik. Dia je duk ligat lagi main-main sana sini. Ayah yang mula-mula melayan dia pon dah terlelap.

Agaknya dia dah rasa bosan, dia datang dekat dengan aku. Masa tuh aku tengah baring tengok TV. Dia duduk kat betul-betul belakang kepala aku. Dia cakap,

"Mummy, Queen ikat rambut Mummy eh?"

"Alaaa tak payah la. Nanti kang susah nak bukak la Queen....."

"Alaa Mummy. Boleh laaa. Okay?"

"Hmmm okay lah!"

So, there she goes. Duk ikat rambut aku sana sini. Ada lah dekat 3 tocang kat atas kepala aku? Kau boleh imagine tak macamana rupa aku masa tuh?? -___-"

Lepas dah main ikat rambut tuh, dia alih kan remote control Astro yang atas perut aku tuh sebab dia cakap dia nak duduk atas perut aku. So, aku biar kan je la apa dia nak buat as long as tak kacau aku tengah tengok 'Panggilan Baitullah' tuh. :P

Dah duduk atas perut tuh, dia peluk aku. Dia cium-cium aku. Ehhh, pelik pula budak nih kemain lovey dovey lagi kan? Cium bertalu-talu kat pipi aku dan lepas tuh dia cakap,

"Sayang Mummy......."

Aku cium lah dahi dia balik. Lepas tuh,

"Mummy, nak susu?"





Damn, perasaan aku dipermain kan! T______________T

You Might Also Like

0 COMMENTS