Move on

Banyak sangat benda yang terjadi sejak kebelakangan nih sampai kan kadang-kadang aku terasa penat.

Tapi who am I to complain right?

Aku yang pilih nak jadi engineer. Konon-konon masa tuh fikir jadi Engineer perempuan sangat cool. Rasa sangat tough dan orang semua hormat. (Huh, blah lah angan angan tuh semua).

Kadang-kadang aku jadi stress sampai balik kerja fikir pasal kerja, malam ada orang call, pagi-pagi pergi kerja dah kena bambu semua. Masa tuh aku fikir memang aku nak berhenti kerja je. Dah la aku claim selama nih tak pernah dapat semua, buatkan azam aku kuat untuk cari kerja lain.

Tapiiii,
bila Allah turunkan rezeki dan aku dapat kerja baru, benda lain pula muncul ; masalah lain. Sampai kan aku jadi mengeluh. Puas aku fikir, perah kepala otak sama ada aku nak kena terima atau tak kerja tuh. Semua pendapat aku ambil. Aku doa banyak-banyak minta Allah bagi petunjuk kepada aku.

Lepas tuh fikir pasal hal kahwin pula. Lagi lah tambah serabut. Kahwin tuh memang senang ; tapi nak buat preparation tuh yang susah. Kalau ikutkan hati aku, buat yang nikah je senang. Tapi confirm ke lepas nikah tuh senang je semua benda kan? T________T

Semalam sebab kan banyak sangat benda aku fikir, kepala dah sakit gila. Masa tuh baru lepas lunch dengan officemates semua. Aku dah makin lemau je sebab sakit kepala. Alih sekali masuk je office, terus muntah-muntah. Lepas tuh masuk surau aku tidur kejap. Kepala tuh punya sakit habis lah berdenyut-denyut. Rasa macam nak tumbang je.

Sebab tuh aku malas nak tulis apa-apa sekarang. Sebab aku malas entry aku semua berunsurkan masalah je. Buat apa lah nak cerita masalah ke satu dunia kan? (Tapiii macam tengah cerita je nih. :P)

Orang yang selalu dengar aku punya masalah ?
Mak, Ayah, Tunang and lately Kakak and Induk. Semua aku cerita sebab kan nak minta banyak pendapat.

Selalu sangat aku fikir apa yang aku dapat sekarang (tekanan, masalah hidup, masalah kerja) semua refleks balik dengan apa yang aku buat selama nih. Aku fikir mungkin ini satu dugaan Allah bagi lepas menimbun-nimbun dosa yang aku buat sebelum nih. Berat sangat kadang-kadang dapat dugaan nih. Tapi bila fikirkan balik, orang lain lagi ada dugaan. Sesetengah tuh lagi berat daripada aku.

Jadi, instead of mengeluh baik lah aku teruskan je hidup kan? Orang kata "Move On".

You Might Also Like

0 COMMENTS