I miss my Girlfriends

You know,
Bila dah start kerja nih rasa rindu sangat zaman belajar.
Bila baca balik apa Kak Lea cakap kan tadi memang betul pon.
Seriously, heaven sungguh masa zaman belajar.

You know what is the main problem when you're living with your best friends?
You'll have A LOT OF ACTIVITIES.
Like the no-ending-fun punya aktiviti.

Antaranya *cough* ponteng kelas. :P
(Aku adalah seorang yang SELALU ponteng kelas zaman belajar)

.
.
.
.


Tapiiii apa yang best nya bila benda-benda macamnih ;

lepak malam-malam teman Kak Lea tengok bola kat kedai mamak dan kadang-kadang aku sampai tertidur, tapi still Kak Lea teruskan aktiviti menonton perlawanan MU.

masing-masing (especially bila Rose datang rumah) sibuk nak kejarkan breakfast McD pukul 4 pagi tuh. Siap kunci jam bagai padahalllll breakfast tuh sampai pukul 11 pagi kot ! Kak Lea cakap thrill sangat bila breakfast pagi-pagi. Hamek kau kejut Cuda pagi-pagi lagiiii thrill kauu !

bila semangat makan nasi kerabu dengan Cuda sampai tercekik tulang dekat ngan anak tekak sampai kena pergi jumpa doktor. tskk.

bila Rose masakkan nasi goreng yang SubhanAllah pedas macam nak tercabut tali usus aku. Satu kampit cili padi dia masukkan di mana aku dengan Kak Lea habiskan nasi goreng tuh macam nak pegi berperang tapi Acheng makan sesuap je.

bila jiran tetangga tahu perangai aku dengan Cuda yang asyik lah memekik kat tingkap rumah flat kiteorang untuk suruh salah seorang campakkan barang ke atas. Punya lah malas nak panjat tangga yang 1 tingkat tuh. LOL.

bila semua orang datang rumah kiteorang dan Kak Lea ngan Cuda asyik bergaduh-gaduh, aku dengan Rose terpekik gelak satu rumah, Chichi terjerit-jerit dengan semuanya sampaikan jiran sebelah rumah rasa tak tenteram. Tapiii still ajak kite datang open house rumah dia kan Mok? Hehe.

bila kena paksa ikut Rose dengan Cuda yang teringin nak makan durian dan aku tersrot-sret tahan bau durian yang aku tak berapa gemar. Tskk.

bila seronok berjimba-jimba (karaoke) dengan Rose, Cuda, Kak Lea dan juga Kak Jimah sampaikan hilang suara dan balik rumah terus tidur sebab keletihan.

bila aku, Rose, Yot, Cuda dan Chichi terpaksa menahan karenah Kak Lea yang suka sangat mandi sungai. Sampaikan Kak Jimah kena ngorat dengan mat rempit pon Kak Lea tak hiraukan asalkan air sungai tuh dapat direnangi. Seriously, sebulan sekali ada lah macamtuh. T__T

bila semuanya sepakat nak bangun tidur pagi-pagi, sampaikan Chichi datang Shah Alam untuk aktiviti berbasikal lasak yang aku sertai sampaikan aku muntah-muntah sebab tak boleh tahan rutin berbasikal yang sangatttt penat (ayat cover).

bila lepak Hakim sampai kan Kak Lea, Cuda ngan Rose sangat mesra dengan Ajis yang amek order tuh.

bila aku dengan Cuda semangat order makanan ; Nasi Goreng Cendawan, daripada Pakcik Sombong (nama gelaran yang Cuda bagi untuk pakcik yang jarang senyum tuh).

bila aktiviti seminggu sekali MESTI tengok wayang yang disertai oleh Cuda dan Kak Lea. Macam kan anak orang kaya, tapi betul, itulah yang berlaku. Sampaikan pergi cinema dah takde cerita dah nak tengok sebab kiteorang hardcore sangat. T____T

bila main examine examine *ehem* dengan Rose, Kak Lea dan Cuda - tanda sokongan kami nak melihat rakan seperjuangan menjadi Doktor terkenal di Tanah Malaya.

bila makan di Wali Songo (panggilan tersasul Kak Lea buat Wong Solo). Selalu sangat makan kat situ sampai kan berhadas pon terkeluar cili (okay, ayat sangat terjaga).

bila makan di kedai Pakcik Comel (panggilan kami ke tuan kedai di Padang Jawa). Rose gemarkan sambal tempe dia dan aku sukaaaaa gila dengan sambal belacan dia. Sumpah, terbaik gila !

ohhh bila Kak Jimah melalui masa gelapnya di rumah kami sampaikan aku dengan Kak Lea masing-masing buntu and tak boleh nak bagi any good ideas pon masa tuh. Serious masa tuh kritikal !


Arghh!
Bila lah nak rasa zaman macam tuh lagi.
Seriously, sekarang nih terasa dah tua sangat.
Tsk.


Serius rindu korang. T__T
(except Chichi which is clearly she's my housemate ! :P)

You Might Also Like

1 COMMENTS