#Bride-zilla : Door gift

Memandangkan aku dah plan untuk DIY semua door gifts aku, so sekarang nih gigih la nak buat semua tuh. Takut nanti bila dah last minute tak sempat dah nak siapkan banyak-banyak tuh.

*Mood tengah lari dari buat report sebab printer office rosak. Padan muka kau Bos!*

I have an idea actually. Sebenarnya nak gabungkan modern and traditional untuk door gift tuh. Plan asalnya nak letak something like bahulu bunga atau pun dodol, lepas tuh nak letak marshmallow. Tapi bila fikir-fikir balik budget maybe ada yang kena cut off tapi tak sure lagi macamane kan? :)

So, dengan bantuan Google I've found exactly what I want !



Source : here



Source : here



Jadinya dengan semangat terus google cari supplier yang boleh jual botol macam nih. Setahu aku botol nih ada kat IKEA tapi memang tak mampu lah nak pergi IKEA untuk beli nih kan? Jadiiiii dengan bantuan bride-to-be's blog jumpa lah supplier nih, QualityPack.

I was asking for hexagonal jar actually and bila tanya harga dia memang agak berpatutan lah. At first aku fikir harga beringgit-ringgit lah kan, end up bila tanya kat dieorang RM 0.70 - RM 0.80 sahaja ! Okay lah kan? At least boleh juga nak buat special gifts untuk office mates dan kawan-kawan yang datang tuh. :)

Hujung minggu nih dah start nak beli brown paper bag semua. I was thinking instead of beli sticker nak tampal kat paper bag tuh, cadangnya nak buat cop Terima Kasih yang ada nama tunang dan aku.

So, yes ! That is another idea ! Kalau dah start buat nanti, I'll update soon.

Rasa-rasa nak buat cop tuh murah tak?

You Might Also Like

5 COMMENTS