Badai Semalam *faint*

Okayyyy, I know. I know. Entri nih agak terlambat sebab dah beberapa hari dah kejadian yang bersejarah nih berlaku. *Geli lak ayat dah macam budak gay setahun jagung tuh. -__-*

Korang tahu tak teater yang tengah hot sekarang? Alaa, yang ada *cough* ex-boyfriend I berlakon tuhhhh. HEHE.




*sipu-sipu malu* *tampar sekali!*


Tergeliat mata Tunang aku tuh sebab asyik lah buat rolling eyes menyampah dengan keterujaan aku tengok AARON AZIZ depan-depan. Wowww, thrill kau tengok si handsome depan mata. Bila scene dia keluar je aku terus macam "Ehh b, comel je dia kan?". Seat tuh dah habis hujung-hujung dah sebab bontot aku sampai taknak jejak atas seat sebab asyik nak ke depan je tengok muka si handsome.

Ohhhh, indah.

:)

Tapiiiiiiiiiiiii,
mana boleh nak lawan kekacakan Tunang tersayang kan? Huh, apa lah sangat Aaron Aziz bila aku pusing sebelah aku. :P

Anyways,
teater tuh sangat best okay sebab memang jalan cerita dia dah mantap dah. Erra Fazira pon melakonkan watak Mazni dengan cemerlang gila. Mana nak cari pelakon yang boleh menangis dalam masa 2 jam tuh. Sebabnya watak Mazni tuh asyik ditimpa malang je.

Cerita tuh sedih tapi sebab kan aku more to excited, aku rasa sedih dalam hati je. Tapi Emelda memang best berlakon sebab dia punya watak Puan Mahani yang kecoh gila tuh memang jadi kot ! Aku rasa menyampah bila dia keluar sebab mulut jahat cerita keburukan orang. Haha.

Gambar tak banyak pon sebab camera murah yang ofis bagi *cough* tak dapat capture gambar dengan baik. Menyesal tak bawa DSLR. Camera mahal Nabilah je yang asyik capture muka si Abang Karim tuh.




Overall sangat berpuas hati menonton teater Badai Semalam. Sesiapa yang tak pernah pergi tengok teater, this is a good start to begin with. :)



Bila Abang Karim keluar je, perempuan semua jerit "AARONNNNN!". Duhhhhh. -__-"

You Might Also Like

2 COMMENTS