Selamat Hari Jadi buat Ayah yang hebat ! ;)

Hai Ayah !

*woww, Ayah tengah baca blog ! Hehe. :)

Sekejap je kan masa berlalu. Hish, tengah terasa macam budak-budak kecil yang main basikal depan halaman rumah kita tuh lagi. Alaa, yang Adik gila sangat main basikal balik daripada sekolah agama dulu, sampai kan pukul 7 malam dah tak balik-balik. Konon sampai nak kena report polis lagi. :P

Itu lah tuh. Kejap je kan dah Oktober 2011. Hendaknya esok 13 Oktober lagi. :) Dah sekejap je birthday Ayah yang ke-18 tahun. Hehe. Alaaa, siapa kata dah ada cucu semua nampak tua ? Muda je tau. *dengan harapan dapat duit upah puji lebih-lebih.

Kiteorang semuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuaaaaa bangga ada ayah macam Ayah. Like seriously, sangat bangga ! Even dahulu kala Ayah garang ke apa semua, tapi tanpa Ayah buat macam tuh takde lah dapat anak-anak macam sekarang.

Alhamdulillah. Semua dah berjaya. :')

Kalau Ayah tak pukul sebab curi duit dalam kereta masa kecil-kecil nak beli aiskrim dulu, rasanya dah jadi pencuri dah sekarang.

Kalau Ayah tak libas dengan getah paip masa kecil dulu sebab asyik gaduh dengan Kakak, agaknya mahunya sampai sekarang 24 jam asyik bergaduhhhh je.

Kalau Ayah tak garang dan tak tegaskan bab solat sejak kecil dahulu, entah apa tah nak jadi kat Adik dengan hidup dalam zaman sekarang.

Kalau Ayah tak sentiasa bagi sokongan dalam belajar sejak dari MOZAC dulu, agaknya entah tak dapat merasa boleh jadi engineer macam sekarang.

Kalau Ayah tak gagahkan bawa Adik berubat dahulu dan jumpa macam-macam jenis doktor, agaknya sakit lagi lah sampai sekarang.

Kalau Ayah tak putus-putus hilang semangat datang Jengka dulu, agaknya Adik dah berhenti belajar macam Adik cakap dahulu lagi.

Kalau Ayah tak nasihatkan dan tak pinjam kan bahu Ayah yang tak seberapa masa Adik hilang arah dahulu, agaknya entah tak merasa lah Adik nak pergi konvokesyen hujung bulan nih.

Kalau Ayah tak setuju masa Adik kawan dengan Fuad mula-mula, agaknya takde lah Adik rasa ada orang selain daripada keluarga kita yang sayang Adik.


:') *sedih pula tiba-tiba.



Kalau Ayah tak bawa pergi Umrah hari tuh, entah bila Adik boleh pergi. T___T


Banyaaaaaaaaak sangat Ayah buat untuk kiteorang. Untuk Mak, Kak Long, Abg Ngah, Kakak, Adik. Banyak sangat ! Kalau pengorbanan tuh boleh bayar dengan duit, agaknya harta Steve Jobs pon tak cukup kot. ;')

You are a great father to us. Apatah lagi suami yang sangat hebat untuk Mak. Dan kiteorang semua sangat beruntung ada Ayah dan Mak macam nih. Selalu ada belakang kiteorang, dalam susah dan senang. Tak pernah jemu-jemu bagi sokongan. Tak pernah sesal walau sedikit pon air mata yang tumpah demi hidup anak-anak. Sedikit pon tak pernah merasa Ayah dengan Mak pilih kasih antara kiteorang.

Adik mengaku Adik bukan anak yang baik untuk Ayah. Banyak dosa yang Adik dah buat, yang kadang-kadang kecewakan Ayah, terutamanya masa dulu. Tapi, setiap hari Adik cuba untuk takkan tinggal kan doa untuk Ayah dan Mak. Doa biar Allah panjang kan usia Ayah dan Mak, sihat tubuh badan dan limpahkan kurnia-Nya untuk Ayah dan Mak. Jauh kan Ayah dan Mak dari seksa api neraka.

*air mata laju pulak. Haha.

Takde benda lain yang boleh Adik bagi selain daripada doa. Hanya itu yang Adik mampu setakat nih, setakat kudrat dan masa ini. InsyaAllah kalau dah kerja 10 tahun dan mampu bagi benda lain, Adik masukkan dalam bajet dan bagi Ayah dan Mak okay? Hehe.

Terima kasih Ayah sebab Ayah garang dahulu. Syukur sangat Ayah garang dahulu dan sebab tuh la Adik boleh jadi macam apa yang Adik ada sekarang.

Terima kasih sebab jadi bestfriend Mak dan kiteorang.

Syukur sebab Allah kurniakan Ayah mahupun Mak macam apa yang Adik ada sekarang. Have fun dengan zaman persaraan Ayah ! Kalau nak pergi jalan-jalan, belanja eh? HAHA.



Sebab Ayah dengan Mak, Adik masih ada kat sini. Masih hirup udara yang sama macam orang lain. Terima kasih. :)



You're 58 and of course, you're an awesome daddy in this world ! Happy birthday ! :))

You Might Also Like

3 COMMENTS