Satu Rasa

Dari sedari arituh, terasa asyik sangat nak delete blog nih. Dah lama sangat tak singgah.

Sungguh.
Perasaan nak menulis tuh membuak-buak setiap hari. Tapi, apakan daya, lepas balik dari kerja terasa macam penat sangat untuk terus gunakan otak.

*sigh*

Blog nih sangat membantu aku dalam banyak benda.

Sejak daripada aku sekolah lagi aku suka menulis. Aku ingat lagi masa aku sekolah rendah, subjek karangan memang benda aku suka. *No wonder suka mengarang surat sekarang kan? Dok hentam orang, karang surat, hantar email. :P*. Ayah pula memang rajin dan sangat menyokong aku untuk menulis. Kadang-kadang Ayah bagi tajuk apa-apa, aku amik kertas, aku pi karang semua benda aku suka.

Simple kan?
:)

Dalam hidup dah membesar nih, banyak lak konon-konon stress. Masa tuh tak dapat cari assignment nak tiru pun dah jadi stress. Duh, sangat budak-budak kan masa dulu? So, nak divert kan rasa 'konon-konon stress' tuh, pergi lah tulis blog. Buat benda yang kita suka kan, jadinya memang lah dah release stress sikit.

Maka nya, blog jugaaaaaaa yang dicari nya.

Sebab tuh nak berhenti menulis rasa berat sangat. Tuntutan kerja yang banyak *okay, boleh muntah sekarang* selalu buat terbantut je nak menulis tuh.

Persiapan kahwin?

Langsung tak buat apa-apa lagi. Baru book dewan je. Masih dalam perasaan awal lagi. Biasalah, dulu kan baru-baru bertunang. So, excited tuh memang extravaganza sikit *blush*. Bila dah start masuk bulan 12 mungkin dah boleh terasa heat nya.

Sekarang nih just survey-survey mana yang murah je. Dari hari tuh asyik minta quotation daripada photographers. MasyaAllah, semua lebih daripada budget. Susah nak dapat yang cantik dan murah *like dalam dunia nih ada kan? HEHE*. Terasa kali nih nak cari yang betul-betul sebab yelah, majlis perkahwinan kata nya. Takkan la nak lokos je kan?

Eh, banyak pula details dah bagi nih.

If there is someone yang baca blog aku nih, I'm sorry for the long hiatus. KALAU lah kan.

And hey dear blog,
I'll see you soon ya. I'll try to write soon.

;)

You Might Also Like

1 COMMENTS