Pernah tak?

Kadang-kadang, orang nampak kita marah-marah. Orang nampak kita emo-emo. Tapi pernah tak dalam ramai orang yang nampak tuh ada tanyakan kenapa kita jadi macamtuh?

Kadang-kadang orang nampak salah kita. Orang boleh cakap, "Alaa biasa lah tuh. Semua orang pon macam tuh". Tapi pernah tak orang yang cakap tuh, nampak bahawasanya salah tuh bukan salah kita. Dan pernah tak orang yang nampak tuh tak mencebik bila kita cakap benda tuh? Pernah tak?

Kadang-kadang kita meminta tolong. Acap kali alasan itu dan ini yang keluar. Pernah tak orang yang diminta tolong tuh terfikir, kalau kan ada dalam hatinya untuk membantu kita, diusahakan sehabis upaya bukan? Pernah tak?

Kadang-kadang orang telefon kita. Orang cakap nak itu, nak ini. Tapi kita tak dapat bagi. Pernah tak orang yang nak itu dan ini tuh terfikir bahawasanya dalam percakapan dalam telefon, kita berlagak biasa, tapi air mata mengalir laju.

Kadang-kadang orang cakap biasa je semua benda tuh. Pengalaman yang semua orang kena rasai. Semua orang yang dah senang alami benda yang sama. Tapi pernah tak orang yang cakap tuh rasa untuk budak setahun jagung, semua pengalaman ini, benda nih adalah sesuatu yang besar dan dalam tahap sekarang sukar untuk diterima?

Kadang-kadang kita menangis. Orang cakap, "Sabar lah banyak-banyak. Allah kan ada dengan kita. Bumi Allah ini kan luas". Pernah tak orang yang cakap tuh terfikir, bahawasanya ayat yang dikeluarkan tuh sangat menenangkan perasaan sehingga ke ubun-ubun sejuknya.

Tak lebih, tak kurang. Hanya ayat tuh sahaja.
Terima kasih, Mak. Terima kasih, Ayah.

:')



p/s : kalau tak suka status emo aku, just hide kan je okay? terus tak payah tahu pasal aku lagi. enough.

You Might Also Like

1 COMMENTS