#Bride-zilla : Wedding stuff yang membosankan tapi sedikit teruja !

Dah lama rasanya tak menulis blog dengan betul-betul. A lot of things are going on in my life right now, jadinya takde masa untuk bermalas-malasan menulis blog. :)

....BUTIK

Semalam aku cuti sebab ada appointment dengan Dr. Khanna di Hospital Putra. Jadinya, lepas appointment semua, aku dan Mak pergi lah usha butik-butik perkahwinan di sekitar Masjid Tanah yang indah permai tuh. ;)

Tengah jalan-jalan jumpa ada satu butik baru buka. Tengok hiasan pelamin kat display glass tuh terasa macam cantik. Sekali kedai tuh tutup pula. Lepas call dengan person in charge, dia cakap nak datang lagi beberapa minit sebab baru lepas daripada hadiri rumah orang meninggal dunia.

Okay, sabar menunggu lah kan sebab reason yang kukuh. ;)

Bila tuan kedai dah sampai dan naik ke atas butik tuh, aku dah terasa di awang-awangan. Ohhh sangat cantik baju-baju dalam tuh. LIKE SERIOUSLY! Tengok portfolio dengan apa yang dia buat kat dewan-dewan sebelum nih , memang memuaskan hati lah.

...HARGA


Tapiiiiiiiiiii,
lepas dah discuss semua, dia quote harga RM 12 000. -___-

At first Mak macam puas hati sebab semua tuh including hall preparation except makanan je. Meja kerusi semua dieorang dah siapkan decorate and everything. Just caterer datang bawa makanan je.

All in orang cakap. :P

So, dalam perjalanan nak pergi kerja hari ini, asyik lah terfikir yang nak ambil ke tak kan wedding planner tuh. I was in doubt nak ambil pon sebab rasanya RM 12 000 nak allocate untuk hall preparation dah jadi macam absurd. Memang dah tersasar jauh dari plan aku nak buat budget wedding. Banyak benda lagi yang nak kena ambil perhatian.

Dalam lunch hour tuh call lah Mak cakap taknak guna wedding planner tuh. And dalam diskusi tuh kami mengambil kata sepakat untuk cari butik yang boleh provide pelamin and hall preparation dalam harga RM 4000 maybe? HAHA. Yes, call me cheapskate sebab aku memang kedekut. Bila fikir balik, baik guna duit tuh untuk menampung kehidupan baru nanti. Lagiiiiiiii banyak kena guna duit.

...DEWAN

So far dewan semua dah kena book by this month lah. Sebab entah kenapa dalam Melaka tuh ada lagi brides yang sangat excited sampaikan bulan 6, 7 tahun depan pon dah ada yang siap book awal-awal.

Perihal dewan satu hal pula. Ada dewan yang berdekatan dengan rumah, tapi sewa dewan up to RM 2K. Ada yang jauh sikit lah daripada rumah. Dalam 20 minit macamtuh, tapi sewa dalam RM 1K je macam tuh lebih kurang. So, I was thinking which one yang nak ambil.

Aku bagitahu Mak yang kalau boleh tak payah guna rumah langsung untuk majlis nih nanti. Sebabnya? Bukan lah apa. Segala bilik pengantin bagai dan hiasan rumah dah tak payah nak buat. Aku lagi fikirkan Mak Ayah yang mesti adaaaaa je benda yang mereka nak kemaskan nanti. Sudahnya, aku bagitahu kat Mak yang nikah je di masjid berdekatan pagi tuh dan dalam pukul 11 pagi orang dah boleh pergi ke dewan untuk makan semua.

*sigh*

Banyak lagi sebenarnya pasal kahwin nih. Susah nak handle sebab busy dengan kerja semua. I do want to do all those thingy but then bila balik rumah je dah terasa penat dan nampak tempat tidur tuh sungguh mendamaikan.

Next year must be a very busy year to me ! InsyaAllah. :)

You Might Also Like

2 COMMENTS