Itu hati aku

Kanak-kanak riang bermain.

Sesekali di selang seli kan dengan gelak ketawa mereka.

Ahh damai sungguh hidupnya yang tiada apa yang perlu difikirkan.

Gumpalan daging itu masih di situ.

Si lelaki kecil datang hampir ke sana, datang dekat untuk melihat.

Dijerit rakan gelak tawanya yang tadi sambil menunjukkan ke gumpalan daging itu.

Nah, sekarang mula disepak-sepak kan gumpalan daging yang masih berdarah.

Sesekali orang sekeliling pandang melihatkan gumpalan daging siapakah itu.

Ohh dunia berlainan sekarang;

Kalau dahulu mana mungkin gumpalan daging itu dipijak, disepak dengan rakus.

Masih, orang sekeliling hanya memandang.

Sampai lah di penghujung jalan.

Seorang perempuan tunduk di bahu si jalanan sambil tersembam sayu.

Gumpalan daging sampai ke kaki saudagar yang senang melihat kanak-kanak gembira.

Disoalnya saudagar, “Gerangan siapakah gumpalan daging ini? Kenapa tidak dijaga dan diletakkan di tempat yang sepatutnya?

Si perempuan datang dekat, pandang dengan mata yang sayu, “Gumpalan daging itu adalah hati aku. Beri ke mari sebahagian diri aku. Itu hati aku, biar aku yang menjaganya”.

Kanak-kanak berhenti bermain. Saudagar memandang jauh. Masing-masing memerhati sayu.

You Might Also Like

0 COMMENTS