#E-Day : Reception

Okay, sekarang baru kita masuk kepada topik utama.

*lama gila kan? Biasalah. Balik raya kerja yang tunggu melambak. T__T

Masuk terus kepada topik utama.

*sengih*

Kami bertunang pada hari raya ke-5. Alhamdulillah, selesaikan juga majlis selepas pening kepala dengan persiapan. But seriously, aku tak cadangkan kepada sesiapa yang nak bertunang. Baik merisik je daripada bertunang sebab bertunang sangat lah banyak pakai duit. Tapi, kalau gatal nak merasa alam pertunangan macam kiteorang nih, boleh je. Masing-masing ada kemampuan sendiri kan?

Sebab kan nak plan budget betul-betul, so hantaran memang plan buat sendiri. Survey dalam seminggu dalam majalah dan kedai-kedai jual barang perkahwinan, akhirnya aku ambil sedikit idea dari SSF. Nasib bertunang dalam bulan nak raya. So, megasales memang ada sana sini lah. Dapat lah jugak cut cost kan?

Kedekut kan? Biar lah.



Basically, this is how my hantaran looks like. Gambar lain semua kat photographer lagi.



Untuk perihal caterer dan pelamin, semuanya di bawah tanggungan Mak dan Ayah. Belah photographer pula Kakak nak support. Kuih-kuih yang lain tuh Induk yang support. Make-up yang semua orang puji tuh, semua nya dibuat oleh Cuda dan dibantu oleh Nurul dan Bella. Jadinya, Alhamdulillah la ringan sedikit beban kami. Hehe.




Cuda dah macam melukis muka dah. Hehe. :P
Tapi semua orang ingat yang make up tuh mak andam / make-up artist yang biasa buat untuk wedding. Way to go Mok ! ! ! :))


Menicure free. :D Selain daripada merawat pesakit, dia ada juga buat part time menicure and pedicure. Sila hubungi Rose untuk keterangan lanjut. :D


Malam sebelum bertunang tuh kawan-kawan datang ke rumah untuk tolong apa-apa yang patut. Paling terharu dengan Anis dan Sal yang datang dari KL, dan juga Rose yang sanggup ambil cuti untuk majlis nih. Sanggup tidur rumah lagi beramai-ramai. Memang best lah malam tuh. Rumah yang tak meriah pon bising sana sini. :)


Gambar nih lepas keluarga Fuad dah sampai. Masa nih aku dalam bilik sibuk kena training macamana nak duduk atas pelamin. Biasa lah, aku nih kan jenis yang memang tak reti nak sopan. -___-"


Masa duduk atas pelamin kecil tuh baru lah terasa nervous segala atok nenek tuh. Kalau tidak, bila orang tanya nervous ke tidak, mesti akan cakap tidak sebab memang tak terasa nervous langsung.




Kalau tengok gambar nih mesti kelakar tengok mata tuh kan? Masa nih dah start berdebar dah. Mata asek pandang Cuda dan Lea kat tepi tuh nak senyum macamana. ^__^



Dalam semua gambar, obvious gila tangan aku hitam. Semua site punya pasal ! -__-"



The reason for me to live. :)



*blushing* HAHA.


Sebenarnya bukan lah nak menyorok daripada orang tahu yang kami bertunang. Tapiiiii, hello... Bertunang je kot. Bukannya benda wajib. Kalau tak jadi bertunang siapa yang malu? So, kami mengambil langkah senyap je sampai lah majlis berlangsung.

Alhamdulillah majlis dah selesai. Semua gambar tak siap lagi. Tak dapat pon daripada photographer lagi. Sekarang dah kena start fikir untuk majlis yang besar pula. So, lepas nih jadi bride-zilla kot. Hehe.

Ohh by the way, cerita pasal macamana jumpa dia, nanti okay? Tunggu bila dah free macam nih lagi. :)



p/s : Takut nya bila semua orang cakap bertunang dugaan dia lain macam. Erk, lain macam macamane eh?

You Might Also Like

3 COMMENTS